Sejak dua dekad terakhir ini, dapat dilihat rekaan rumah semakin mirip antara satu sama lain mengikut jenis rumah. Hal ini sekaligus membuatkan rekaan rumah tradisional yang mempunyai konsep serta falsafah yang tersendiri semakin berkurang.

Terbaharu, siapa sangka rumah tradisional dengan reka bentuk Anglo Malay masih lagi boleh dimiliki di Kuala Kangsar menerusi perkongsian Twitter @nmraziz.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian, rumah ini merupakan milik Tok Muda Hj Meor Shamsuddin yang merupakan Tok Muda Orang Kaya-kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda.

Rumah yang penuh dengan nostalgia ini turut dipaparkan nombor telefon khusus buat orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kediaman ini.

Perkongsian ringkas yang dibuat oleh lelaki ini telah mendapat perhatian para netizen yang meluahkan rasa minat untuk mendapatkannya sekiranya mempunyai wang yang cukup. Berikut merupakan respon netizen terhadap penjualan rumah ini.

https://twitter.com/_akmalNA/status/1638407936904155138

Difahamkan rumah ini sedia untuk dijual berikutan terdapat terlalu banyak penama manakala pemilik asal rumah ini sudah meninggal dunia pada tahun 2014. Berdasarkan semakan, tiada sebarang tanda harga dikongsikan secara umum buat hartanah ini.

Sumber