Marry Fermont, merupakan jurugambar pertama di Belanda yang merakamkan gambar-gambar bayi seperti ini selepas bayi dilahirkan. Idea mengambil gambar bayi seakan-akan di dalam perut ini tercetus apabila seorang bidan menunjukkan kepada sepasang ibu bapa bagaimana kedudukan bayi di dalam perut. Sejak itu Marry Fermont merakamkan detik-detik indah bayi dan ibu bapa serta bidan sehingga dia yakin membuka bengkel fotografi bayi untuk mengajar teknik-teknik fotografi sebegini. Malah, trend ini tersebar hingga ke Belgium.

Kebiasaannya bidan beri kerjasama untuk menunjukkan cara pegang bayi yang betul bagi mendapatkan posisi bayi di dalam perut. Bapa bayi juga turut diajar cara itu agar bayi selesa semasa Marry Fermont merakamkan detik-detik seperti ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin ramai tertanya-tanya adakah bayi-bayi ini berasa sakit ketika didudukkan cara sebegitu. Menurut Marry Fermont, bayi-bayi ini tidak pernah menolak untuk diposisikan seperti di dalam perut ibu. Malah bayi-bayi ini automatik berasa selesa apabila bidan dan bapa memegang mereka dengan cara yang betul.

Sumber: Baby Center

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram