Sepanjang kerjaya sukan Chong Wei, satu dunia Chong Wei merantau untuk bermain badminton, demi bendera di dada. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Ada pernah ke negara maju, ada juga masanya bertapak di negara membangun dan negara mundur.

Kali ini Chong Wei nak kongsi serba sedikit pengalaman menjelajah jauh. Ini masanya 6 tahun lepas. Chong Wei masa itu berada di tangga ke-99. Demi mengutip mata untuk menyertai Sukan Olimpik Rio, Chong Wei terpaksa pergi jauh ke Amerika Syarikat dan Canada. Terpaksa terbang 30 jam untuk satu perjalanan.

Maggi kari
Gambar sekadar hiasan. Sumber Gambar: Nikkei asia

Sepertimana kejohanan antarabangsa lain, sebelum bertolak Chong Wei semestinya berbekalkan Maggi, Milo dan biskut Ping Pong Hup Seng. Kalau tak ada, sanggup tak terbang!

Selepas menang di New York, sampailah Chong Wei di Calgary. Agak mengejutkan kerana Calgary merupakan cowboy town yang high class. Lambang-lambang cowboy belaka merata tempat. Selepas berusha sikit, rupanya seluruh bandar tengah dalam persiapan untuk Festival Stampede, festival cowboy yang disanjungi puak-puak cowboy di Amerika Syarikat dan Canada.

Cantik sebenarnya Calgary ni. Gunung Rockies antara pemandangan paling menawan untuk saya.

Selepas dah muak makan makanan western seminggu di US dan Canada, kawan baba aku Mr E yang buka dewan badminton di Calgary bawa saya menjamu di restoran-restoran Malaysian di Calgary.

Adalah rasa sikit bau Malaysia tetapi memang kurang pada rasanya. Kerinduan terhadap Malaysia semakin terasa.

Mungkin itulah sebabnya kurang bermaya persembahan Chong Wei, terpaksa terheret ke rubber games berlawan Sai Praneeth dan Takuma Ueda di suku akhir dan separuh akhir. Terlebih maggi dan biskut ping pong barang kali. Mungkin lain cerita kalau ada biskut cap badminton.

Malam sebelum perlawanan akhir. Tak tahu nak makan apa dah. Pernah try KFC dan McDonald’s tapi rasanya tak boleh lawan KFC dan McDonalds di Malaysia. Dah down dah sebab esok perlawanan final bertemu Ng Ka Long.

Ring… ring… ring

Kawan lama saya, Naufal telefon. Dulu main bola keranjang bersama, dah lama lost contact, rupanya dah bertempat di Calgary. Dia ajak jumpa makan malam lepas tournament. Saya terus jawab “Apa pula besok? Malam ni la bro”. Terus saya guna servis Uber ke rumah Naufal.

Naufal sediakan nasi lemak rendang ayam. Isteri Naufal masak masak kari kambing. Kawan kita sorang lagi Terry bin Maldini, Melanau Sarawak juga di Calgary. Terry bawak char kuetiau style Prai yang basah dan air 100 Plus. Terkejut saya. Katanya di Lucky Market boleh dapat semuanya.

maxresdefault
Gambar sekadar hiasan. Sumber Gambar: YouTube Che Nom

Oh my god. Best sangat! Meletup perut meneriak kesedapan. The rest was history. Ng Ka Long langsung bukan lawan di final.

Kawan-kawan sekalian,
Tak ada negara lain yang ada makanan seenak Malaysia.
Tak ada negara lain yg ada Melayu, Cina India, Iban, Kadazan Dusun, Melanau panggil orang lain bro, abang, adik, ah ne dan boss.
Tak ada negara lain yang lebih mewah dari segi tradisi dan adat.
Tak ada negara lain yang bole menang Thomas Cup dengan berbilang kaum.
Jangan tak sayang Malaysia.
Jangan tahu kritik sahaja.
Cubalah sedaya anda melalui kemampuan anda, memperbaiki apa yang rosak, and memajukan apa yang sedia ada di negara.
There is still hope for this Country we all love. It’s our Malaysia, our home after all.

Jangan lupa.
Kita semua pernah seketika dahulu.
Berikrar di perhimpunan sekolah.
Akan menumpukan segala tenaga and usaha kami demi negara kita, Malaysia kita. Selamat Hari Kemerdekaan ke-64

Memang best pergi negara maju lain. Tetapi lepas 2-3 minggu, memang terindu dan terasa Malaysia juga yang terbaik, tak sabar-sabar pula mau pulang. Setuju?

Sebelum ini Lee Chong Wei turut pernah berkongsi kisah beliau bertemu isterinya buat pertama kali membuatkan beliau ‘lemah lutut’.

Berkenan Sejak Remaja, Lee Chong Wei Kongsi Detik ‘Lemah Lutut’ Pertama Kali Jumpa Isteri

Kisah Lucu Lee Chong Wei ‘Shopping’ Barang Dapur Buat Netizen Terhibur