Vocket Premiere kembali dan kali ini, kami nak bawa anda tonton filem psycho/horror, Flatliners. filem ini mengisahkan 5 pelajar jurusan perubatan yang mencuba sesuatu yang sangat merbahaya; bangkit daripada kematian.

Flatliners turut membariskan pelakon hebat seperti Ellen Page, Diego Luna, Nina Dobrev, James Norton, and Kiersey Clemons. Semuanya bermula apabila salah seorang daripada 5 pelajar ini mengalami sendiri pengalaman ‘hampir mati’ dengan eksperimen menghentikan denyutan jantung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akibat daripada eksperimen ini, mereka dapat melihat kembali sesuatu momen yang pernah berlaku kepada mereka sewaktu mereka hidup. Namun perbuatan mereka itu bakal mengundang padah apabila ‘kehidupan’ selepas mati dan visi yang mereka lihat tidak lagi seperti yang mereka inginkan.

Berita baik untuk anda sebab Vocket ada 40 pasang tiket untuk ke tayangan perdana (17 October 2017), 5 helai t-shirt,5 helai beg canvas dan 5 folder edisi khas filem Flatliners ini! Anda hanya perlu isi butiran pada ruangan di bawah.

Felt Envelop

Flat 1

Flat 2

Tayangan Perdana ‘Flatliners’
Tempat: GSC 1 Utama
Tarikh: 17 October 2017 (Selasa)
Masa: 9:15 malam

Syarat Penyertaan

1. Ikuti laman FB Sony Pictures Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #FlatlinersMovie pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 October 2017 8.00 malam (Sabtu). Pemenang akan dihubungi pada 14 October 2017 (Ahad).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Tayangan perdana ini akan berlangsung pada 17 October 2017 pada jam 9.15 malam di GSC Cinemas 1 Utama.

Flatliners akan berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 October 2017.