Bahang semakin terasa untuk filem yang paling dinantikan tahun ini, Thor: Ragnarok yang akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 October 2017 ini. Tidak perlu diperkenalkan lagi watak Thor kerana pastinya ramai yang sudah mengenali lelaki yang berasal dari Asgard ini.

Thor yang kini terperangkap di planet Sakaar tanpa senjata kesayangannya, Mjölnir perlu kembali ke Asgard secepat mungkin untuk menghentikan Ragnarok, yang akan memusnahkan negara dan bangsa Asgardian oleh Hela, musuh yang sangat kuat. Sebelum itu, Thor terpaksa menyertai pertandingan persis gladiator di Planet Sakaar dan berlawan dengan rakan Avengers beliau, The Incredible Hulk!

Kali ini, Vocket bersama Marvel Studios ingin beri anda barangan rasmi filem Thor: Ragnarok yang sangat awesome! Kami ada Thor: Ragnarok Glow-In-The-Dark Stickers, Ragnarok Card Wallet, Ragnarok Snapback Cap, Thor: Ragnarok Notebook, Ragnarok Pocket Backpack, Ragnarok USB Stick dan Thor: Ragnarok Hoodie. Semuanya limited edition!

Thor Giveaways

Ha, nak menang menang barangan rasmi edisi khas di atas ini? Mudah sahaja. Ikuti langkah di bawah dengan teliti.

Syarat Penyertaan
1. Ikuti laman FB Marvel Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketGiveaways dan #ThorRagnarokMY pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan memenangi salah satu daripada barangan rasmi di atas. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 October 2017 8.00 malam (Jumaat). Pemenang akan dihubungi pada 28 October 2017 (Sabtu).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan paling kreatif. Fikir betul-betul sebelum menjawab. All the best!