Selepas kejayaan hebat dalam filem The Raid, dua bintang aksi terkenal Indonesia Iko Uwais dan Yayan Ruhian mula mendapat perhatian studio Hollywood dan kalau anda tonton filem Star Wars: The Force Awakens, mereka turut membuat kemunculan.

Mereka kembali dengan filem ‘Beyond Skyline’ dan kali ini beraksi dengan lebih banyak dan hebat! Filem ini akan berkisahkan Detective Mark Corley (Frank Grillo) yang ingin menyelamatkan anaknya yang diculik alien. Kapal angkasa alien ini terhempas di Asia Tenggara dan membuat pakatan bersama penduduk tempatan untuk menyelamatkan dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=4ZydhFS5E04&feature=youtu.be

Pandang pertama filem ini nampak sangat awesome. Kami hendak beri dua tiket kepada anda dan seperti biasa, isi butiran anda di bawah.

Syarat Penyertaan

1. Ikuti laman Oneworld Alliance Film dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #BeyondSkylineMY pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 November 2017 8.00 malam (Sabtu). Pemenang akan dihubungi pada 26 November 2017 (Ahad).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Tayangan perdana ini akan berlangsung pada 29 November 2017.