Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Apa yang akan terjadi apabila manusia mempunyai kuasa untuk mengawal bencana alam? Inilah yang berlaku di dalam filem arahan Dean Devlin ini. Bagi yang mungkin pertama kali mendengar nama Dean Devlin, beliau adalah penulis di sebalik filem-filem hebat sebelum ini seperti Independence Day, Universal Soldier dan Godzilla.

Geostorm ini adalah filem pertama yang bakal menyaksikan Dean sebagai pengarah. Kalau anda pernah tonton filem makhluk asing Independence Day sebelum ini, pastinya anda sudah boleh jangka kehebatan filem ini.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Jake Lawson (Gerard Butler) dan beberapa rakan angkasawannya yang lain perlu kembali ke angkasa lepas selepas satelit yang ditugaskan untuk mengawal cuaca di seluruh dunia mula membuat kacau terhadap keadaaan cuaca di seluruh dunia.

Namun mereka kemudiannya berpendapat kejadian ini bukan disebabkan kerosakan satelit tetapi didalangi oleh seseorang. Bagi menutup fungsi satelit itu secara total, mereka terpaksa menculik Presiden Amerika Syarikat untuk mendapatkan kill codes sebelum semuanya terlambat.

Menarik bukan? Kalau nak jadi antara yang pertama tonton filem ini di pawagam, seperti biasa ikuti langkah di bawah.

Tayangan Perdana ‘Geostorm’ #VocketPremiere
Tempat: TGV Cinemas 1 Utama
Tarikh: 11 October 2017, Rabu
Masa: 9.00 malam

Syarat Penyertaan
1. Ikuti laman FB Warner Bros Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #GeostormMY pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 October 2017 8.00 malam (Jumaat). Pemenang akan dihubungi pada 7 October 2017 (Sabtu).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email.

Geostorm akan berada di pawagam 12 October 2017. Selamat berjaya!

Anda Mungkin Suka