Warner Bros. Pictures kembali mempersembahkan filem DC Comics paling dinantikan tahun ini, JUSTICE LEAGUE! Diarah oleh Zack Snyder, filem ini akan menampilkan pelakon-pelakon ternama Hollywood seperti Ben Affleck (Batman), Gal Gadot (Wonder Woman), Raymond Fisher (Cyborg), Jason Momoa (Aquaman), dan Ezra Miller (The Flash). JUSTICE LEAGUE akan berada di pawagam pada 16 November 2017 ini.

Untuk menjaga keamanan dunia, Bruce Wayne bersama rakan barunya, Diana Prince perlu mengumpul satu kumpulan metahumans untuk bersama-sama menentang musuh yang lebih hebat. Walaupun dengan bantuan Aquaman, Cyborg dan The Flash,dapatkan kumpulan ini menghalang kejahatan yang bakal mereka hadapi?

Buat peminat setia DC Comics, Vocket Premiere kembali untuk beri dua tiket ke tayangan perdana JUSTICE LEAGUE! Anda hanya perlu isi butiran anda dan jawab soalan di bawah:

Tayangan Perdana ‘Justice League’ #VocketPremiere
Tempat: GSC Mid Valley
Tarikh: 15 November 2017, Rabu
Masa: 9.00 malam

Syarat Penyertaan
1. Ikuti laman FB Warner Bros Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #JusticeLeagueMY pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 November 2017 8.00 malam (Jumaat). Pemenang akan dihubungi pada 11 November 2017 (Sabtu).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email.