Kami tahu anda semua suka tengok wayang dan kami ada tiket untuk diberikan kepada anda, pembaca The Vocket sekalian. Kali ini dengan kerjasama 20th Century Fox untuk filem paling ditunggu-tunggu tahun ini, Kingsman: The Golden Circle! Saya pasti memang ramai yang teruja dan tidak sabar untuk filem ini berada di pawagam.

Kingsman: The Golden Circle akan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Colin Firth, Julianne Moore, Taron Egerton, Mark Strong, Halle Berry, Elton John, Channing Tatum dan Jeff Bridges. Ya, anda tak salah baca. Channing Tatum, Jeff Bridges dan Julianne Moore akan memeriahkan Kingsman kedua ini.

Untuk The Golden Circle, Eggsy(Taron Egerton) terpaksa merantau ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan bantuan daripada agen Kingsman di sana selepas headquarters mereka dimusnahkan oleh musuh. Eggsy dan rakan-rakan barunya menjumpai sebuah organisasi perisik di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Statesman. Bersama mereka bersatu padu untuk menumpaskan Statesman.

Seperti biasa, ikuti langkah di bawah untuk peluang memenangi dua tiket ke tayangan perdana filem ini.

Tayangan Perdana Kingsman: The Golden Circle
Tempat: GSC Mid Valley
Tarikh: 19 September 2017 (Selasa)
Masa: 9.00 malam

Syarat Penyertaan
1. Ikuti laman FB 20th Century Fox dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #KingsmanMY pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September 2017 8.00 malam (Jumaat). Pemenang akan dihubungi pada 16 September 2017 (Sabtu).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Jawab soalan dengan kreatif dan best untuk mencerahkan peluang anda menang tiket!

Kingsman: The Golden Circle akan berada di pawagam 21 September 2017 ini. Let’s go!