Vocket Premiere kembali dan kali ini kita nak bawa anda untuk menonton filem aksi/misteri Murder On The Orient Express. Macam familiar nama filem ini? Ya, ianya berdasarkan judul novel yang ditulis novelis terkenal Agatha Christie. Murder On The Orient Express akan berada di pawagam pada 30 November 2017.

Apa yang menarik dengan filem ini? Pertamanya pastilah kerana filem ini berdasarkan novel terkenal Murder On The Orient Express. Keduanya kerana pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ini iaitu Kenneth Branagh, Penélope Cruz, Willem Dafoe, Judi Dench, Johnny Depp, Josh Gad, Leslie Odom Jr, Michelle Pfeiffer dan Daisy Ridley. Memang tak ada sebab untuk anda tidak menonton filem ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem Murder On The Orient Express mengisahkan tentang satu tragedi yang berlaku di dalam kereta api mewah Orient Express. Seorang penumpang telah mati dan setiap orang di dalam kereta api berkenaan adalah suspek. Ianya bergantung kepada seorang detektif untuk menyelesaikan misteri ini untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang.

Buat peminat setia penulis Agatha Christie, anda pasti tidak boleh melepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam. Kami akan beri dua keping tiket kepada pemenang dan anda hanya perlu ikuti langkah di bawah.

Tayangan Perdana ‘Murder on the Orient Express’ #VocketPremiere

Tempat: MBO Starling Mall,PJ
Tarikh: 28 November 2017, Selasa
Masa: 9.15 malam

Syarat Penyertaan

1. Ikuti laman FB 20th Century Fox Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #OrientExpressMY pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 November 2017 8.00 malam (Jumaat). Pemenang akan dihubungi pada 24 November 2017 (Sabtu).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email.