Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan pada tahun lalu, servis kurier sememangnya antara servis yang paling tidak menang tangan. Mana tidaknya, apabila semua pasar raya tidak boleh beroperasi, shopping secara online antara yang menjadi pilihan. Tambah-tambah dalam musim pandemik, boleh dikatakan setiap hari memesang barang secara online.

Selain memudahkan, servis kurier ini juga pantas. Baru sahaja pesan, rupa-rupanya sudah sampai ke depan pintu rumah. Sebelum tu, kami mahu kongsikan terlebih dahulu antara sebab kenapa rakyat Malaysia ini sangat suka menggunakan servis kurier.

Eh, dengar cerita anda juga berpeluang untuk rebut hadiah sehingga RM1.5 juta. Wow!

Lebih selamat!

Walaupun banyak perkara sudah kembali seperti normal, akan tetapi wabak COVID-19 masih ada dan kita perlu jaga diri kita bagi mengelakkan penularan wabak.

Sebab itulah masih ramai yang tak berani keluar untuk beli barang dan lebih selesa menggunakan servis kurier. Tak perlu bersesak dengan orang ramai dan lebih selamat!

Jimat masa, tenaga dan wang!

Kebanyakan yang beli barang online ni, sebenarnya malas untuk bersiap keluar rumah. Selain itu, kalau nak ke kedai pula, anda perlu memandu, mencari parking dan pelbagai lagi.

Alangkah lebih mudah jika menggunakan servis kurier. Lebih mudah barang sampai ke depan pintu rumah. Tak perlu keluarkan duit minyak, tol dan parking. Jimat masa lagi!

Boleh bayar secara online!

Zaman sekarang ini, segala-galanya di hujung jari sahaja. Tambah-tambah lagi di musim pandemik ini. Seelok-eloknya elakkan bersentuhan. Menariknya membeli barangan menerusi servis kurier ini, anda lebih terdedah kepada pembayaran secara cashless. Dalam erti kata lain, anda boleh bayar terlebih dahulu dan menunggu barang sampai sahaja.

Berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM1.5 juta

Biar betul? Siapa sahaja tak kenal J&T Express bukan? Kalau pos barang menggunakan J&T Express, sekejap sahaja sudah sampai. Atas sokongan yang berterusan selama ini, J&T Express sebagai syarikat servis penghantaran kurier pilihan rakyat Malaysia, ingin berterima kasih kepada semua pelanggannya.

Sebagai penghargaan kepada anda semua, J&T Express telah mengadakan Kempen Indahnya Bersama Anda dengan giveaway yang memang awesome!

Kalau anda nak tahu, ia merupakan giveaway terbesar yang pernah diadakan oleh J&T Express sejak penubuhannya pada tahun 2018.

Terdapat banyak hadiah menarik yang bakal anda bawa pulang seperti Eardbuds Realme Q2, goldbar , Oppo Reno 5, Motosikal Yamaha, Proton X70 dan baucar servis Proton. Cool habis!

1 parcel, 1 penyertaan

Mesti anda sudah tidak sabar nak tahu cara-cara menyertainya bukan? Ayuh ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Hantar bungkusan atau parcel menggunakan perkhidmatan J&T Express. Lebih banyak kiriman, lebih tinggi peluang anda untuk menang.

2. Semua bungkusan E-waybill yang dikumpul akan dipilih secara rawak melalui sistem cabutan digital.

3. Sertai sesi cabutan bertuah yang diadakan dalam Facebook Live J&T Express. Siapa tahu mungkin anda antara yang bertuah!

Nak tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan, anda boleh klik di sini.

*Tertakluk terma dan syarat

Tempoh peraduan: 1 November 2021 – 30 November 2021

Jadi, apa lagi yang anda tunggu. Jom jadikan J&T Express sebagai servis kurier nombor satu di hati anda sambil merebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat!

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Indahnya Bersama Anda , layari laman web, Facebook dan Instagram J&T Express.

Tular pada minggu ini apabila Myvi ini dilaporkan terbalik selepas memotong secara zig-zag.

Selepas Potong ‘Zig-Zag’ Secara Berbahaya, Myvi Sondol Belakang Kereta Hingga Terbalik

Tersilap Isi Diesel, Tindakan Pemuda Ini Buang Minyak Atas Permukaan Jalan Cetus Perdebatan Netizen