Tular pada minggu lalu apabila atlet Filipina, Hidilyn Diaz berjaya mencatat sejarah baharu sukan Olimpik apabila berjaya meraih pingat emas pertama buat negaranya menerusi acara angkat berat wanita kategori 55kg. Kemenangan beliau turut dikaitkan dengan hasil kerja keras beliau sebelum menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan berlatih di Jasin, Melaka.

Dilaporkan selepas berjaya meraih pingat emas pertama Filipina, Hidilyn Diaz telah dihujani dengan durian runtuh setelah pelbagai syarikat dan individu sedia memberikan hadiah. Berikut antara yang diraih Hidilyn Diaz atas kejayaan beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiket penerbangan percuma

225849014_10159318332320867_7107542376330778101_n
Sumber: Philippine Airlines

Menerusi kemenangan yang diraih, AirAsia Philippines dan Philippine Airlines sedia menawarkan beliau tiket penerbangan secara percuma seumur hidup. Bukan itu sahaja, syarikat Cebu Pacific turut menawarkan satu penerbangan percuma buat beliau.

Petrol percuma

28126040_1875291229169884_1020485841_o
Sumber: motoph

Syarikat Phoenix Petroleum pula muncul sebagai syarikat terawal menawarkan beliau pengisian minyak secara percuma seumur hidup. Syarikat ini juga turut memberikan wang tunai 5 juta peso (RM422,595.77).

Kereta percuma

KCL_0470-scaled
Sumber: C! magazine

Kia Philippines turut berbesar hati dengan menawarkan sebuah kereta Kia Stonic 1.4 EX yang ditawarkan mereka kepada Hidilyn Diaz. Beliau juga turut dihadiahkan dengan van 13 tempat duduk daripada Foton Motor Philippines.

Hartanah dan wang tunai lebih RM3 juta

Sebagai rekod, Hidilyn Diaz berjaya meraih wang tunai terkumpul lebih RM3 juta menerusi pemberian kerajaan, syarikat dan juga-juga taikun-taikun di Filipina. Selain itu, beliau turut dihadiahkan dua hartanah daripada Megaworld dan Century Properties Group.

Dilaporkan pelbagai lagi hadiah turut diterima beliau. Kemenangan beliau sememangnya dilihat sebagai kayu ukur buat Filipina dalam meraih pelbagai lagi pingat di sukan Olimpik selepas ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai kisah Hidilyn Diaz yang berjaya meraih pingat emas di Jepun selepas dilaporkan berlatih di Jasin, Melaka.

Berlatih Di Melaka Menang Di Jepun, Hidilyn Diaz Cipta Sejarah Sumbang Emas Pertama Buat Filipina

Juara Penuh Gaya, Atlet Ini Kongsi Pingat Emas Sambil Memakai Jam Tangan Bernilai RM1.46 Juta

Sumber