Rasanya seperti sudah lama tidak melihat kelibat pelakon Jeniffer Lawrence di pawagam dan beliau kembali tahun ini menerusi filem ‘mother!’. Filem genre Psycho/horror ini diarah pengarah terkenal Darren Aronofsky. Saya mula mengenali Darren menerusi karya awal beliau, Requiem For A Dream. Darren tidak mengarah banyak filem tetapi filem arahannya kebanyakkannya mendapat respon positif dari pengkritik filem.

mother! akan membawa anda cerita seorang wanita (Jennifer Lawrence) bersama suaminya (Javier Bardem) yang baru berpindah ke sebuah rumah di luar bandar. Mereka kemudiannya diganggu oleh dua orang penduduk tempatan (Ed Harris and Michelle Pfeiffer) dan keadaan mula menjadi semakin pelik selepas itu.

Pengkritik filem yang sudah menyaksikan filem ini berpendapat lakonan Jennifer Lawrence di dalam filem ini sangat mantap dan berkemungkinan besar beliau dapat tercalon untuk anugerah Oscar yang akan datang. Jika anda ingin menjadi yang pertama melihat filem ini, kami ada beberapa pas tayangan perdana untuk anda.

Ikuti langkah di bawah untuk peluang memenang dua tiket ke tayangan perdana filem ini.

Tayangan Perdana mother!
Tempat: TGV Cinemas 1 Utama
Tarikh: 27 September 2017 (Rabu)
Masa: 9.15 malam

Syarat Penyertaan
1. Ikuti laman FB United International Pictures Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #MotherMy pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 September 2017 8.00 malam (Jumaat). Pemenang akan dihubungi pada 23 September 2017 (Sabtu).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email.

mother! akan ditayangkan di pawagam bermula 28 September 2017