Bulan Oktober sememangnya bulan yang cukup ‘Seram’. Malicious arahan Michael Winnick turut sama akan menghantui pawagam bermula 18 Oktober 2018 ini.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Malicious akan membawa anda kisah Adam (Josh Stewart), seorang profesor kolej yang mendapat peluang mengajar di sebuah kolej yang memerlukan beliau dan isterinya yang sedang mengandung, Lisa (Bojana Novakovic) berpindah ke kawasan luar bandar.

Tetapi selepas Adam mula bekerja di tempat baharunya, Lisa secara tiba-tiba keguguran anak pertama mereka atas sebab yang misteri. Lisa berpendapat ada ‘kuasa mistik’ yang membuatkan beliau keguguran bayinya dan bermula dari detik itu, perkara-perkara pelik mula berlaku ke atas keluarganya.

Menangi 2 keping tiket ke Tayangan Perdana ‘Malicious’
Tarikh: 16 Oct 2018 (Selasa)
Lokasi: GSC Mid Valley
Masa: 9.00pm
Rating: 18+

1. Ikuti laman RAM Entertainment dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #MaliciousMY dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 October 2018 6.00 petang (Ahad). Pemenang akan dihubungi pada 15 October 2018 4.00 petang (Isnin).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Semoga berjaya!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group