Agak lama Vocket Premiere tidak ada tayangan filem animasi dan kali ini, Vocket bersama Sony Pictures Animation mahu bawa anda menonton filem animasi Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation.

Mana yang sudah menonton animasi ini pasti sudah kenal sangat dengan watak Dracula yang disuarakan oleh Adam Sandler. Untuk siri yang terbaru, Dracula bersama keluarganya keluar daripada hotel kesayangan mereka dan pergi bercuti.

Namun percutian yang pada awalnya indah bakal bertukar tragis kerana kapten kapal tersebut yang penuh misteri, Eicka menyimpan satu rahsia yang boleh menghapuskan terus spesis mereka. Antara aktor utama lain yang menyumbang suara untuk animasi ini adalah Selena Gomez, Joe Jonas, Steve Buscemi dan ramai lagi.

Vocket Premiere Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Tarikh: 11 Julai 2018 (Rabu)
Masa: 9.00PM

Ikuti cara mudah ini untuk menang tiket dan barangan rasmi Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation.

1. Ikuti laman Sony Pictures Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #HotelT3 #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan 4 tiket ke tayangan perdana filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Julai 2018 5.00 petang (Selasa). Pemenang akan dihubungi pada 10 Julai 2018 8.00 malam (Selasa).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Semoga berjaya!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group