Pengarah dan produser di sebalik filem-filem Hollywood hebat seperti E.T, Jurassic Park dan Minority Report, Steven Spielberg kembali dengan filem sains fiksyen hebat Ready Player One 29 Mac ini.

Di tahun 2045, tiada apa lagi yang menarik dimuka bumi kecuali Oasis, dunia maya di mana anda boleh jadi apa sahaja yang anda mahu. Wade Watts, a.k.a. Parzival (Tye Sheridan), memperkenalkan dirinya dalam trailer ini dan meceritakan kenapa dunia oasis ini sangat menarik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda akan perasan ada Freddy Kruger dan beberapa lagi watak terkenal Hollywood ada dalam trailer ini. Filem ini pastinya akan mengimbau kembali kenangan filem futuristik Spielberg sebelum ini seperti Minority Report dan A.I Artificial Intelligent.

Vocket Premiere ‘Ready Player One’
Tarikh: 21 Mac 2018
Tempat: GSC Mid Valley
Masa: 8:45 Malam

1. Ikuti laman Warner Bros Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #ReadyPlayerOneMY dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Mac 2018 8.00 malam (Ahad). Pemenang akan dihubungi pada 19 Mac 2018 (Isnin).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Selamat berjaya!