Nama pengarah Pen-ek Ratanaruang sangat dikenali di Thailand. Salah satu karya terbaiknya, ‘Last Life in the Universe’ mendapat perhatian sehingga ke luar negara. Pelakon Jepun di dalam filem ini, Tadanobu Asano turut memenangi anugerah pelakon terbaik di Venice Film Festival.

Peminat filem Thai teruja apabila Pen-ek Ratanaruang kembali untuk mengarah filem ‘psiko’ yang hampir sama seperti Last Life in the Universe. ‘Samui Song’ adalah buah tangan terbaru Pen-Ek mengisahkan Viyada (Chermarn “Ploy” Boonyasak) seorang aktress terkenal di mana hidupnya berada dalam penuh tekanan.

Suaminya, Jerome adalah seorang pengikut ajaran sesat dan beliau tidak lagi gembira dengan perkahwinannya. Hadir seorang lelaki bernama Guy yang menawarkan jalan keluar untuk Viyada daripada terus dikongkong suaminya.

Menangi 2 keping tiket ke Tayangan ‘Samui Song’

Vocket Premiere ‘Samui Song’
Tarikh: 3 April 2018
Tempat: GSC Mid Valley
Masa: 9.00 Malam

1. ‘Like’ laman Facebook Golden Screen Cinemas dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #Samui Song dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 April 2018 8.00 malam (Ahad). Pemenang akan dihubungi pada 2 April 2018 (Isnin).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Selamat berjaya!