Komunikasi semakin mudah dengan adanya telefon pintar dalam kehidupan harian. Walaupun duduk berjauhan tetapi dengan adanya internet, komunikasi tetap boleh berlaku. Tetapi apa yang dapat kita buat sekiranya kita langsung terputus hubungan dengan orang yang kita sayangi?

John Cho hadir dengan sebuah filem yang dapat kita relate dengan kehidupan seharian kita hari ini. Selepas kehilangan anak beliau yang berusia 16 tahun, David Kim (John Cho) membuat siasatan untuk mencari kembali anaknya. Namun selepas 37 jam tanpa sebarang kesan, beliau berpendapat dengan menyelongkar komputer riba anaknya beliau dapat berjumpa kembali dengan anaknya.

Namun ianya bukan semudah yang disangka. Filem Searching ini akan membawa anda kisah perjalanan seorang ayah mencari kembali anak kesayangannya yang kini hilang tanpa khabar berita.

Vocket Premiere ‘Searching’
Lokasi: TGV 1 Utama
Tarikh: 19 September 2018 (Rabu)
Masa: 8.45PM

1. Ikuti laman Sony Pictures Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #SearchingMovie dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 September 2018 6.00 petang (Selasa). Pemenang akan dihubungi pada 18 September 2018 8.00 malam (Selasa).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Semoga berjaya!