Dwayne ‘The Rock’ Johnson kembali untuk sebuah filem aksi hebat tahun ini, Skyscraper yang akan berada di pawagam pada 12 Julai ini.

Filem ini akan menyaksikan Dwayne membawa watak Will Sawyer, seorang bekas anggota FBI dan bekas askar Amerika Syarikat yang kini berkhidmat sebagai penganalisa keselamatan untuk skyscrapers (bangunan tinggi). Ketika sedang bertugas di salah satu bangunan tertinggi dan paling selamat di China, bangunan berkenaan disambar api dan beliau dipersalahkan atas kejadian berkenaan.

Kini Will perlu mencari lelaki di sebalik kejadian ini dan membersihkan kembali namanya. Di samping itu beliau juga perlu menyelamatkan keluarganya yang terperangkap di dalam bangunan berkenaan.

Vocket Premiere Skyscraper
Tarikh: 10 Julai 2018
Masa: 9.00 malam
Tempat: TGV 1 Utama

1. Ikuti laman UIP Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #Skyscraper dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Julai 2018 9.00 malam (Ahad). Pemenang akan dihubungi pada 9 Julai 2018 (Isnin).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Semoga berjaya!