Dengar tajuk sahaja sudah tahu filem ini pastinya awesome. Shawn Levy dan Dan Levine adalah producer untuk filem The Darkest Minds ini di mana Strangers Things dan Arrival adalah filem/siri yang pernah mereka produce sebelum ini.

The Darkest Minds mengisahkan sekumpulan remaja yang mendapat kuasa hebat dan dianggap berbahaya oleh pihak kerajaan. Kumpulan remaja ini ditangkap dan ditempatkan di sebuah kem di mana mereka dilayan seperti pengganas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ruby yang berusia 16 tahun, paling kuat antara yang lain melepaskan diri dan bersama rakan-rakan lain yang turut sama lari untuk mencari lokasi selamat untuk mereka hidup. Namun, mereka terpaksa menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk kembali menguasai masa depan mereka.

Vocket Premiere ‘The Darkest Minds’
Lokasi: GSC 1 Utama
Tarikh: 14 Ogos 2018 (Selasa)
Masa: 9.30PM

1. Ikuti laman 20th Century Fox Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #DarkestMindsMY dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Ogos 2018 6.00 petang (Ahad). Pemenang akan dihubungi pada 13 Ogos 2018 12.00 tengah hari (Isnin).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Semoga berjaya!