Denzel Washington kembali memegang watak Robert McCall untuk filem The Equalizer 2 yang akan ditayangkan pada 30 Ogos 2018.

Robert adalah bekas anggota marin dan jika ada tugas yang memerlukan seorang yang dapat bekerja secara misteri dan hebat, Robert adalah orangnya. Beliau sebenarnya tidak mahu lagi terlibat dalam dunia ini dan bekerja sebagai seorang pemandu Lyft.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, kali ini Robert perlu mencari pembunuh rakan sekerjanya, Susan Plummer. Untuk menuntut bela, Robert perlu berdepan satu kumpulan pembunuh upahan yang boleh meragut nyawanya.

Equalizer
Vocket Premiere ‘The Equalizer’
Lokasi: GSC 1 Utama
Tarikh: 29 Ogos 2018 (Rabu)
Masa: 8.30PM

1. Ikuti laman Sony Pictures Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #TheEqualizer2 dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Ogos 2018 6.00 petang (Ahad). Pemenang akan dihubungi pada 26 Ogos 2018 8.00 malam (Ahad).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Semoga berjaya!