Peminat setia PlayStation pasti tidak akan lupa dengan permainan epik Tomb Raider. Tahun 2018, siri ini kembali bukan dalam bentuk permainan video tetapi filem yang pastinya akan sarat dengan aksi. Pelakon Alicia Vikander akan meneruskan legasi Lara Croft dalam filem terbaru Tomb Raider ini.

Tomb Raider kali ini akan bermula dengan asal usul Lara Croft sendiri. Selepas mengetahui bapanya telah meninggal dunia, bapa Lara sempat meninggalkan satu rakaman video menyatakan beliau sudah menemui satu makam purba dengan nama Mother Of Death. Lara perlu sampai ke makam tersebut lebih awal sebelum satu organisasi misteri bernama Trinity membuka makam tersebut dan menghuru-harakan dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Vocket Premiere ‘Tomb Raider’
Tempat: GSC Mid Valley
Tarikh: 7 Mac 2018, Rabu
Masa: 9.00 malam

1. Ikuti laman Warner Bros Pictures Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #TombRaiderMY dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 Mac 2018 8.00 malam (Ahad). Pemenang akan dihubungi pada 5 Mac 2018 (Ahad).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Selamat berjaya!