Tipulah kalau anda tidak pernah tonton filem Jumanji tahun 90an dahulu. Disember ini, franchise ini kembali menerusi ‘Jumanji: Welcome To The Jungle’ dengan barisan pelakon yang mengancam!

Ceritanya akan bermula dengan 4 remaja disedut masuk ke dalam dunia Jumanji apabila mereka menemui satu konsol permainan video vintaj dengan permainan Jumanji. Mereka kemudiannya bertukar menjadi watak di dalam permainan itu; seorang pengembara tegap (Dwayne Johnson), seorang cerdik pandai Einstein (Kevin Hart), seorang professor (Jack Black) dan wira perempuan yang hebat (Karen Gillan).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Syarat untuk keluar daripada permainan ini hanya satu, mereka perlu menang. Pelbagai cabaran yang perlu mereka tempuhi dan turut bertemu Alan Parrish (Nick Jonas) yang telah terperangkap dalam permainan tersebut 20 tahun lalu. Adakah mereka akan berjaya keluar atau tersekat di dalam dunia Jumanji selama-lamanya?

Berita baik kerana kami ada tiket ke tayangan perdana pada 18 Disember 2017 ini, magnet frame, rantai leher, compass keychain, botol air, baju T-shirt serta stainless steel flask edisi khas filem Jumanji: Welcome To The Jungle ini! Anda hanya perlu isi butiran pada ruangan di bawah.

Jumanji Merch

Tayangan Perdana ‘Jumanji: Welcome To The Jungle’
Tempat: GSC Tropicana City Mall
Tarikh: 18 Disember 2017 (Isnin)
Masa:9.00 malam

Syarat Penyertaan

1. Ikuti laman FB Sony Pictures Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #JumanjiMY pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2017 8.00 malam (Jumaat). Pemenang akan dihubungi pada 16 Disember 2017 (Sabtu).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Tayangan perdana ini akan berlangsung pada 18 Disember 2017.

Selamat berjaya!