Sejak beberapa minggu ini kes culik menjadi bualan netizen sehingga timbul rasa kebimbangan orang ramai, lebih-lebih lagi apabila melihat ‘van putih’ melalui kawasan setempat.

Seorang pengguna TikTok @nshyafira berkongsi semula rakaman video dipercayai dari Vietnam bagaimana penduduk tempatan membuat ‘praktikal’ untuk mengajar anak-anak kecil menjauhi orang yang tidak dikenali, sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa culik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video tersebut, sekumpulan kanak-kanak dikumpulkan dalam satu ruang, kemudian mereka didatangi oleh individu berperwatakan penculik (memakai baju hujan, cermin mata gelap, topi keledar dan tuala) sambil membawa beg plastik sampah yang diisi dengan snek makanan ringan dan mainan.

Dia menghampiri kanak-kanak pertama memberikan snek makanan ringan, sejurus budak lelaki itu menerimanya, ‘penculik’ itu segera membawa lari budak itu di hadapan mata kanak-kanak lain.

@nshyafira

♬ original sound – ns🤍 – fie904

Ternyata tindakan ‘penculik’ itu membuatkan kanak-kanak yang lain lebih berhati-hati berbanding sebelumnya. Ketika dia menghampiri dan memberikan makanan ringan kepada kanak-kanak yang lain, mereka segera menolak dan menangis kerana mereka tahu akan menjadi ‘mangsa culik’ seterusnya sekiranya menerima barangan daripada individu yang tidak dikenali itu.

Perkongsian video itu telah mendapat pujian netizen kerana ‘praktikal’ itu sedikit sebanyak membantu anak-anak kecil alert dan tahu bertindak seperti keadaan sedemikian rupa berlaku.

Sumber Gambar: TikTok @nshyafira
Sumber Gambar: TikTok @nshyafira
Sumber Gambar: TikTok @nshyafira
Sumber Gambar: TikTok @nshyafira

Netizen turut memuji seorang kanak-kanak lelaki berbaju oren yang sangat melindungi rakan-rakannya yang lain dengan meminta mereka agar tidak mengambil apa-apa yang diberikan oleh ‘penculik’ tersebut.

Pada masa sama orang ramai turut berharap agar ‘praktikal’ seperti itu boleh dibuat dalam negara ini agar lebih ramai kanak-kanak mendapat pendedahan awal dan tahu bertindak balas dengan betul apabila situasi tidak diingini berlaku.

Dalam satu kenyataan di Sinar Harian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary mengingatkan ibu bapa agar menjaga maklumat dan privasi anak-anak agar tidak terdedah kepada penculik. Ini kerana pemesatan dunia digital masa ini sangat memudahkan kes-kes jenayah seperti penculikan berleluasa.