Sekiranya anda mengikuti berita perkembagan semasa pada minggu ini pastinya anda cukup tahu dimana topik mengenai pembelian tanah Kampung Baru oleh kerajaan antara yang hangat dibincangkan.

Terbaru, sebuah lagi pelan pembangunan bakal dijalankan yang bakal memperlihatkan Kampung Baru bakal memiliki menara kediaman tertinggi di Malaysia dibawah projek usaha sama IBN Corp dan pemilik tanah KKH Pavilion Development Sdn Bhd.

Belanjawan 2020
HYPE
5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain
Baca lagi →
Bintang-walk-in-Bukit-Bintang-and-monorail

Sumber: Matador Network

Menurut laporan, menara 68 tingkat dengan ketinggian 330 meter ini bakal dilengkapkan dengan 339 kediaman smart homes dan 268 bilik hotel lima bintang. Dari segi saiz, difahamkan bilik dan kediaman dengan saiz 434 kaki persegi sehingga 1,052 kaki persegi antara yang ditawarkan.

Difahamkan pembinaan menara ini secara tidak langsung bakal memudahkan pelancong untuk ke lokasi yang ingin dituju dengan pantas berikutan lokasinya yang strategik. Menawarkan rekaan yang moden dan estetik antara yang dititikberatkan melalui projek ini.

Mengulas dari segi harga, pengarah pembangunan IBN Bukit Bintang, Megat Khalil Izzuddin Shah mengatakan harga yang ditawarkan buat para pembeli adalah sekitar RM2,000 kaki persegi dimana harga yang ditawarkan dilihat sebagai agak rendah jika diikutkan kepada lokasinya yang strategik.

20180720_PEO_KHALIDABDULSAMAD_MINISTERFEDERALTERRITORIES3_LYY_TEP

Sumber: Edgeprop

Turut hadir bersama majlis perasmian projek ini adalah Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Samad yang bertanggungjawab memastikan kesemua projek di Kuala Lumpur menepati kriteria yang ditetapkan baik dari segi meningkatkan pelancong, pelabur, bisnes mahupun rekaan.

Projek menara kediaman tertinggi Malaysia ini dijangka bakal disiapkan sempena Oktober 2023. Sementara itu, difahamkan lebih banyak lagi menara bakal dibina sekitar kawasan Lembah Klang dalam tempoh lima tahun ini.

Kami kongsikan kepada ada beberapa artikel lain yang hangat dibincangkan dalam sektor hartanah. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Rumah Tidak Terjual Di Malaysia Bakal Dijual Kepada Pembeli China Dan Hong Kong

Johor Catat Jumlah Hartanah Tidak Terjual Tertinggi Di Malaysia

Wanita Ini Kongsi Pandangan Mengapa Penting Kita Mengekalkan Warisan Kampong Bharu

 

Anda Mungkin Suka