Tahun ini genap tahun kedua Malaysia tidak menyambut ambang kemerdekaan seperti tahun-tahun sebelumnya ekoran penularan wabak COVID-19 yang masih lagi berleluasa di negara kita.

Dalam usaha menaikkan semangat patriotik sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, TS Law Group telah memancarkan ‘imej bergerak’ Jalur Gemilang dan mesej patriotik selama tiga minit yang berlangsung sepanjang malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kumpulan tersebut yang terlibat dalam pelbagai pembuatan dan pembinaan hartanah telah menerapkan inisiatif teknologi baharu dengan memancarkan imej dan mesej tersebut menggunakan sistem LED 360 darjah bernilai RM11 juta baru-baru ini yang mengelilingi ibu pejabat Menara TS Law.

Pengarah TS Law Group, Law Wai Cheong berkata, mesej itu bertujuan untuk meningkatkan semangat rakyat Malaysia semasa menghadapi penularan wabak ini dan pada masa sama memberi sokongan kepada para petugas barisan hadapan, pemerintah dan institusi Diraja.

“Pada masa-masa yang sangat mencabar ini, kami merasakan bahawa pesanan berbentuk positif dan patriotisme bukan sahaja diperlukan bahkan perlu juga disambut baik,” terang Law Wai Cheong.

Imej bergerak Jalur Gemilang dan pesanan Merdeka selama tiga minit ini akan terus dipancarkan pada Menara TS Law yang terletak bersebelahan bangunan TRX sehingga 16 September ini bagi menyambut Hari Malaysia.

Baca kisah di bawah mengenai seorang lelaki yang mendapat keistimewaan khas daripada pelbagai pihak oleh sebab dia memiliki nama ‘Merdeka’.

Nama ‘Merdeka’ Bawa Tuah, Sebut 3 Kali Boleh Pesan Apa Sahaja Secara Percuma

Lengkap Dengan Jalur Gemilang, Lihat Ucapan Kemerdekaan Menggunakan Pasir Pantai Dari Palestin Ini