Umum ramai sudah mengetahui kampus-kampus di seluruh Malaysia akan mula dibuka kepada para pelajar setelah hampir setahun lebih proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara di atas talian.

Bagi meraikan kedatangan para pelajar secara ‘luar biasa’, pengendali media sosial USM telah berkongsi beberapa hantaran menarik melalui Facebook dan Twitter rasmi mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hantaran pertama yang dibuat dua hari lalu melalui Facebook mula menarik perhatian ramai apabila admin platform media sosial tersebut berkongsi gambar-gambar papan tanda menggunakan imej ‘Godzilla’ atau ‘Gojira’ di tepi jalan.

Menurut orang ramai, gambar tersebut sebagai satu peringatan kepada pelajar-pelajar baru agar sentiasa peka dan awas terhadap biawak-biawak yang sering berada di sekitar kawasan berkenaan.

Sehari selepas itu pula, admin platform media sosial tersebut memuat naik hantaran mengalu-galukan kedatangan para pelajar dengan menggelarkan mereka sebagai wizards seperti mana dibuat oleh ‘Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry’ dalam francais filem ‘magik’ terkenal, Harry Potter.

Dalam hantaran ini, orang ramai mengucapkan selamat datang dan ada senior yang sama sempat lagi ‘merekrut’ para junior yang mahu mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum mengikut minat masing-masing seperti kebudayaan dan muzik.

Pada hari ini pula admin media sosial yang berjiwa happy-go-lucky ini memuat naik hantaran papan-papan tanda tersebut direka semula dengan imej yang lebih ‘mesra haiwan liar’.

Ketiga-tiga papan tanda tersebut memaparkan gambar Godzilla versi ‘berisi’, Godzilla berpimpin tangan bersama King Kong dan juga Godzilla ‘bertarung’ dengan Ultraman.

Rata-rata ramai orang memuji admin media sosial serta warga kerja USM kerana sangat kreatif dalam menyambut kehadiran para pelajar baharu melalui media sosial yang menjadi platform utama harian anak-anak muda masa kini.

Pada masa yang sama, kesemua hantaran itu turut ‘memanggil’ semula alumni-alumni universiti tersebut untuk mengalukan kehadiran serta berkongsi pengalaman dan pesanan kepada ‘wizard-wizard‘ baharu yang bakal masuk ke kampus tidak lama lagi.

Bekas atlet gimnas negara, Dr. Farrah Hani juga merupakan salah seorang alumni di USM sebelum ini. Baca lebih lanjut perkembangan terkini beliau melalui pautan di bawah.

Ini Pencapaian Hebat Dr. Farrah Hani Selepas Tidak Lagi Bergelar Atlet Gimnas Negara

Kuasai 7 Tip Persediaan ‘Oral Presentation’ Daripada Pensyarah USM Ini

Sumber