Pelbagai cara mengabadikan kenangan ketika kita mengembara di tempat asing. Ada yang jenis ‘point-and-shoot’. Menghala lensa kamera ke arah subjek dan terus klik shutter button dan sambung jalan-jalan lagi.

Ada juga yang mengambil masa untuk dapatkan gambar yang terbaik semasa mengembara. Mencari sudut dan setting yang sesuai sebelum menekan butang kamera. Kebiasaannya orang begini akan buat duit dengan gambar tersebut ataupun pencinta seni fotografi.

photo_2016-03-09_22-14-26

photo_2016-03-09_22-20-18

Bagi wanita bernama Kim Leuenberger, dia telah menggunakan kenderaan replika bersaiz mini untuk dijadikan subjek di dalam gambar-gambarnya ketika menelajah Eropah. Hasil sentuhan seni fotografinya memang menarik dan beri kita inspirasi.

photo_2016-03-09_22-14-47

Kim dilahirkan di Jura, Switzerland pada tahun 1992 sering memuatnaik gambar-gambar menarik di Instagram, Dia kini mempunyai 115000 followers dari seluruh pelusuk dunia.

photo_2016-03-09_22-14-37

Kim meminati fotografi sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia belajar sendiri bagaimana menggunakan kamera sebelum sambung belajar di University of the Arts London, United Kingdom dalam jurusan fotografi.

Antara kamera yang digunakan oleh Kim ialah Nikon D3100, Canon 5D Mark II, Olympus EM5 MKII dan LeicaQ.

1. Pantai

2. Bandar

3. Salji

4. Pergunungan

5. Langit

6. Taman

7. Atap

8. Air Terjun

9. Lain-lain