Seorang gadis warganegara Australia apabila mendapat durian runtuh di tengah-tengah pandemik COVID-19. Wanita yang bernama Joanne Zhu menjadi kaya selepas mendapat RM3 juta hasil loteri vaksin COVID-19. Dia yang berumur 25 tahun bersama hampir tiga juta warga Australia sebelum ini telah menyertai loteri vaksin COVID-19 dengan hadiah wang tunai 1 juta dolar Australia.

Wang itu disumbangkan oleh sekumpulan dermawan dan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Million Dollar Vax Alliance dalam usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi warga Australia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Zhu, yang berasal dari Sydney, memberitahu program Today di stesen TV 9News Australia bahawa pada mulanya dia tidak mengangkat panggilan daripada pihak penganjur loteri kerana dia sedang bekerja. “Kemudian saya menghubungi mereka semula dan dia berkata, ‘Oh, anda memenangi satu juta dolar! Anda satu-satunya di Australia’.”

Dilaporkan oleh 7News pada Ahad lalu, Zhu bercadang untuk membelanjakan sebahagian daripada hadiah wang tersebut untuk menyatukan kembali keluarganya yang sudah terpisah. “Saya mahu membawa keluarga saya keluar dari China dengan penerbangan kelas pertama, dan tinggalkan mereka di hotel lima bintang untuk Tahun Baru China jika sempadan dibuka.”

Craig Winkler dari Million Dollar Vax Alliance memberitahu media, “Kami yang bertanggungjawab dibelakang kempen ini sangat berbangga dengan apa yang telah dicapai; ia sangat bagus untuk akhirnya mengumumkan pemenang, dan mendengar reaksi mereka benar-benar bernilai.”

Kempen Million Dollar Vax Alliance dibuat bagi membantu Australia mencapai tahap vaksinasi 80 peratus bagi warga yang berumur 16 tahun ke atas. Loteri itu juga mengedarkan 100 hadiah bernilai AS$1,000 setiap hari pada bulan Oktober. Bersama-sama dengan hadiah utama, jumlahnya ialah 4.1 juta dolar Australia.

Menteri Indonesia ‘claim’ situasi COVID-19 di negaranya lebih baik berbanding Malaysia dan Singapura. Untuk bacaan lanjut klik pautan di bawah.

Menteri Indonesia ‘Claim’ Situasi COVID-19 Di Negaranya Lebih Baik Berbanding Malaysia Dan Singapura

6 Tempat Berisiko Tinggi Sebar COVID-19

WHO Bakal Hasilkan Vaksin COVID-19 Generasi Baru, Boleh Disedut Melalui Hidung