Tiba di Airport dengan lebih awal mungkin akan memberi sedikit kebosanan. Lebih-lebih lagi jika anda sering travel secara solo. Lebih parah jika sesetengah lapangan terbang yang tidak menyertakan free Wi-Fi sebaliknya meletakkan password pada setiap akses Wi-Fi.

Jika anda di dalam keadaan terdesak memerlukan internet atau seorang yang tidak boleh hidup tanpa Internet, mungkin agak sukar. Kalau ada Wi-Fi boleh juga scroll Facebook dan Instagram sementara menunggu flight.

Terima kasih buat seorang travel blogger dan computer security engineer, Anil Polat. Ternyata beliau sangat faham dengan individu yang mempunyai masalah seperti ini seterusnya telah membangunkan sebuah peta yang dilengkapi password Wi-Fi buat lapangan terbang seluruh dunia.

Sama ada anda seorang ‘digital nomad’ atau tak boleh hidup tanpa Internet, perkongsian password lapangan terbang seluruh dunia ini pasti dapat menyelesaikan masalah anda.

Pengguna cuma perlu menekan tanda kapal terbang pada airport yang berkaitan untuk mendapatkan password. Sangat mudah dan ringkas.

Jangan lupa save dan bookmark artikel ini. Mungkin bakal menjadi penyelamat anda disaat anda perlukan password Wi-Fi. Lebih-lebih lagi di negara dimana orangnya bertutur bahasa yang tidak difahami.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤