Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X memulakan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Honolulu pada 28 jun 2017 dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K Inouye, dengan faktor muatan melebihi 90 peratus.

Penerbangan D7 001 itu adalah yang pertama dari syarikat penerbangan berkenaan ke pasaran Amerika Syarikat. Pesawat bagi laluan yang ditawarkan sebanyak empat kali seminggu itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Hawaii menerusi Osaka, Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz, dalam satu kenyataan berkata, laluan mercu tanda ke Hawaii ini adalah satu lakaran babak baharu yang berani dalam usaha membantu lebih ramai orang melancong lebih jauh dengan harga lebih rendah.

“Ini hanyalah satu permulaan dan tidak lama lagi penumpang kami akan menikmati penerbangan ke lebih banyak destinasi di AS apabila kami terus melebarkan kedudukan kami ke persada antarabangsa,” katanya.

Bagi meraikan penerbangan sulungnya itu, AirAsia X akan menawarkan tambang serendah RM899 untuk tempat duduk standard atau RM2,999 untuk pemegang anugerah Flatbed Premium, dari Kuala Lumpur ke Honolulu. Promosi tambang ini boleh didapati di laman web AirAsia sebelum berakhir pada 2 Julai 2017 untuk tempoh perjalanan antara 1 Oktober 2017 dan 28 Ogos tahun depan.

Penumpang yang transit di Osaka tidak memerlukan visa Jepun untuk tempoh persinggahan selama dua jam dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing dalam penerbangan setelah melalui sebarang pemeriksaan bagasi atau barangan oleh pihak keselamatan.

Penumpang juga boleh menggunakan servis AirAsia Fly-Thru untuk berhubung dengan mudah ke Honolulu dari bandar lain dalam rangkaian penerbangan luas AirAsia dan AiraAsia X dengan hanya satu hentian tambahan.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Honolulu, Hawaii (HNL) melalui Osaka, Jepun (KIX).

*Tambang sehala termasuk semua cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat

Ikuti AirAsia di Facebook dan Twitter untuk dapatkan informasi mengenai aktivti dan promosi terkini.