Dalam dunia serba canggih hari ini, masih relevan lagikah percaya kepada bomoh? Contohnya, seperti santau-menyantau. Saya kata begini sebab kebanyakan masyarakat Melayu masih lagi gemar dengan kepercayaan seperti ini.

Jawapannya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahukah anda sebenarnya memang terdapat pasar khas yang menjual pelbagai alat-alat untuk ritual black magic? Jadi, saya kira dengan wujudnya pasar ini bermakna masih ada permintaan oleh masyarakat seluruh dunia yang mahu menggunakan khidmat bomoh atau bahasa mudah ‘pengamal ilmu hitam’.

Pasar yang dimaksudkan ini ialah Akodessewa Fetish Market, terletak di ibu negara togo iaitu lome, Afrika Barat. Pasar ini dikenali sebagai pasar yang menjual alatan sihir terbesar di dunia.

Menurut ranting kepercayaan mereka, amalan sihir atau ilmu hitam ini bermula di Afrika Barat terlebih dahulu sebelum tersebar ke negara-negara lain seperti Togo, Ghana dan Nigeria. Mereka mempercayai ritual-ritual pelik yang menggunakan bahagian haiwan ini dapat menyelesaikan banyak masalah termasuklah menyembuhkan penyakit, masalah hubungan atau kewangan.

Di Afrika barat, bomoh atau pengamal sihir ini dipanggil Voodoo. Dalam kepercayaan Voodoo pula, terdapat dua jenis ritual iaitu Rado dan Petro. Rado lebih kepada ritual kedamaian berbanding Petro yang kearah kejahatan atau juga boleh disebut ilmu hitam.

Ok baik, sebenarnya saya bukanlah mahu berkongsi cerita tentang perkara mistik atau kepercayaan terhadap bomoh ini.

Pelancong dialu-alukan

Walaupun kedengaran agak menyeramkan, sebenarnya pelancong luar juga sangat dialu-alukan untuk datang ke Akodessewa Fetish Market untuk melihat sendiri bagaimana mereka menjalankan aktiviti-aktiviti ritual pelik ini.

Dalam sisi lainya, Akodessewa Fetish Market bukan sahaja untuk para bomoh tetapi semua orang dialu-alukan untuk datang. Buat anda yang gemar mencari keunikan pelik-pelik semasa travel, berkunjug ke Akodessewa Fetish Market ini pasti memberikan anda pengalaman yang lebih menarik.

Di sini terdapat pelbagai alatan mistik yang digunakan oleh pengamal ilmu hitam daripada kepala haiwan hinggalah ubat yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. LOL!

Mana tahu kalau-kalau mahu dijadikan sebagai cenderahati.

Harap orang-orang di sini tak makan manusia. Itu yang paling seram sebenarnya.

Baca juga: Hospital Hitler Ini Serius Buat Kami Meremang Bulu Roma. Seram!

Sumber