Sekiranya anda merupakan seorang yang suka menonton video mukbang, pasti anda pernah menonton video dari Yang Soo-bin, seorang YouTuber dari Korea Selatan yang terkenal dengan video mukbang dan personalitinya yang kelakar.

Buat yang mereka yang belum kenal, video mukbang telah terlebih dahulu dipopularkan di Korea Selatan sebelum ia menjadi trend di Malaysia dan di seluruh dunia. Gadis yang berusia 26 tahun ini mempunyai sebanyak 2.78 juta subscribers di laman YouTube beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Soo-bin mula meraih populariti melalui video mukbang walaupun terdapat video-video lain seperti video make-up di laman YouTube beliau. Hanya dengan memuat naik video makan dengan portion yang besar, gadis yang cukup dikenali dalam dunia mukbang ini boleh menerima bayaran yang cukup lumayan.

Selain daripada video makan dan make-up, Soo-bin juga pernah menjadi topik perbualan di media sosial apabila videonya yang cuba untuk memotong rambut sendiri dan gagal tular akibat reaksinya yang kelakar.

Seiring dengan peningkatan populariti beliau menerusi video mukbang, Soo-bin juga melihat peningkatan dari segi berat badan beliau. Pada Mei tahun lalu, berat badan Soo-bin telah naik secara mendadak hingga mencecah 131kg.

Menerusi akaun media sosialnya, Soo-bin pernah mendedahkan bahawa Body Mass Index (BMI) beliau adalah sebanyak 41.8 di mana 53.5 peratus darinya ialah berat lemak. Ditambah dengan gaya hidupnya yang tidak sihat, masalah kesihatan lain seperti migraine dan senggugut yang melampau mula datang membuatkan Soo-bin berazam untuk menukar gaya hidupnya.

Soo-bin mengamalkan sikap transparent dalam perjalananya kearah gaya hidup yang lebih sihat. Dari permakanan dan juga jenis senaman yang dilakukan, semuanya dikongsikan bersama peminat.

Soo-bin mengakui, proses ini bukanlah sesuatu yang mudah dan ini bukan lah pertama kali beliau cuba untuk menurunkan berat badan. Malah, beliau pernah melakukan bariatric surgery, iaitu sejenis pembedahan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan.

Namun, Soo-bin akui bahawa beliau pada mulanya tidak konsisten menyebabkan diet-diet dan usaha beliau sebelum ini gagal. Kini, berkat kesabaran, dedikasi dan juga disiplin Soo-bin, beliau berjaya menurunkan sebanyak 44kg selepas 500 hari. Sugguh ketara perbezaan beliau, kan?

https://www.instagram.com/p/CIPnK0DHwxX/

Menderita akibat obesiti sejak kecil

Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook, Soo-bin menceritakan bahawa beliau menderita akibat obesiti dari sejak kecil lagi. Menurut Soo-bin, sejak dari zaman remaja hingga ke alam dewasa, pelbagai diet dan rutin senaman telah dicuba, namun tiada satu pun yang berkesan.

Soo-bin mengakui bahawa punca sebenar adalah kerana kedegilan beliau sendiri dan juga kerana beliau tidak mempunyai sesiapa untuk membantunya dalam perjalanannya untuk menurunkan berat badan.

“Bila difikirkan kembali, pada awalnya saya mulakan diet hanya untuk kurus dan saya ingin kurus dengan cepat. Oleh kerana mentaliti ini, saya memaksa diri untuk mengikuti diet yang ketat dan senaman yang melampau menyebabkan saya cepat penat dan berputus asa,” jelas Soo-bin.

Bagi mengelakkan dirinya dari gagal lagi, Soo-bin telah mengupah seorang pelatih peribadi untuk membantunya mengubah gaya hidup supaya menjadi lebih sihat.

“Saya tahu saya perlukan bantuan, sebab itulah saya sanggup pergi ke gim dan mengupah seorang pelatih peribadi. Saya akui ianya sukar tetapi saya sudah berjanji dengan pelatih saya dan saya ingin berpegang kepada janji,” kata Soo-bin lagi.

Apa jadi dengan video mukbang?

Mukbang merupakan antara faktor berat Soo-bin naik dengan mendadak. Melihat kepada penampilan baru Soo-bin sekarang, pasti anda tertanya-tanya tentang video mukbang beliau. Meskipun Soo-bin kini sudah mengubah gaya hidup kearah yang lebih sihat, Soo-bin masih lagi membuat video mukbang seperti dahulu.

Bezanya, portion yang ditayangkan tidaklah sebanyak dahulu dan video seperti itu juga sudah tidak kerap dimuat naik. Kini, Soo-bin banyak mengongsikan video senaman, vlog, reaksi kepada video makan, video make-up dan juga fesyen. Walaupun video mukbang sudah tidak kerap dimuat naik, video barunya tetap mendapat sambutan hangat dari peminat.

Katanya Bella Poarch telah dituduh jual jiwanya ke kumpulan iluminati, klik pautan di bawah untuk membaca!

Kenali Bella Poarch, Wanita Paling Terkenal Di TikTok Yang Dituduh Pengikut Illuminati

Pelakon Siri The Umbrella Academy, Elliot Page Umum Tukar Jantina Kepada Lelaki