Di dalam situasi wabak yang sedang menjengah di setiap pelusuk bumi. Dunia tidak pernah lari daripada beberapa teori tahyul yang dipegang. Malah, mereka lebih mempercayai teori yang tidak mempunyai sumber yang tepat dan menafikan hak mereka untuk mempercayai kajian dari doktor saintifik.

Itulah yang terjadi kepada Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan yang dilantik sejak 2013 lagi. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab mengetuai barisan hadapan negara dalam memerangi wabak COVID-19 yang telah membunuh lebih 100 pesakit coronavirus di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kredibiliti Dr Noor Hisham mula dipersoalkan apabila tular di media sosial satu gambar di mana Dr Noor Hisham telah menerima anugerah Felo Kehormat (Fellowship Ad Hominem) dari Kolej Jurubedah Diraja Edinburgh (RCSEd) – sebuah pertubuhan profesional yang berkomited untuk memajukan kehebatan dunia saintifik dalam hal ehwal pembedahan.

1-4471

Seorang pengguna Facebook telah melontarkan kata-kata tidak baik kepada Dr Noor Hisham sambil menyatakan bahawa negara kini berada di bawah arahan Dr Noor Hisham. Malah, pengguna Facebook itu memanggil Dr Noor Hisham sebagai “Daj***”.

Tidak cukup dengan itu, seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip di Malaysia turut sama mengkritik Dr Noor Hisham. Dia juga turut melabel para mufti dan menteri sebagai pak turut apabila hanya mengikut apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh badan pertubuhan dunia – UN dan WHO.

Melihat kepada situasi ini, ia adalah perkara yang ‘normal’ untuk Dr Noor Hisham. Dia sendiri rasanya tahu bahawa dalam banyak orang yang menyukainya memimpin pasukan barisan hadapan negara, pasti ada juga beberapa kelompok yang tidak mempercayai kredibilitinya.

8-299

Jika kumpulan pro-konspirasi menuduh Dr Noor Hisham sebagai seseorang yang bernaung di bawah satu organisasi rahsia seperti Freemason dan mempunyai niat yang jahat untuk menjatuhkan negara. Bagi kumpulan lain pula, mereka mempunyai sudut pandang yang berbeza yang tidak mempersetujui Dr Noor Hisham.

Kitaran kebencian ini akan berlangsung dan sukar untuk dihentikan, tidak kira bagaimanapun situasi dalam sesuatu keadaan. Umpama situasi sekarang – negara yang sedang dilanda dengan wabak – kumpulan yang bertanggungjawab menyebarkan kebencian ini tidak akan berhenti bekerja. Malah apa yang baik hanya dipandang buruk oleh mereka.

Kitaran ini sangat mudah untuk difahami. Pandangan atau pemikiran yang negatif akan menarik lebih banyak tenaga negatif. Manakala perkara positif akan lebih banyak menarik tenaga positif. Kitaran kebencian tidak akan berhenti jika seseorang membalas kebencian dengan kebencian. Namun ia akan berhenti jika kebencian dibalas dengan perkara yang baik.

collage

Itulah yang sedang dilakukan oleh Dr Noor Hisham. Dia tidak mengambil berat soal kebencian yang datang dari kumpulan-kumpulan berhaluan kiri. Malah Dr Noor Hisham menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai sistem kesihatan terbaik dunia. Dan usaha beliau ini malah diiktiraf oleh rangkaian televisyen China apabila meletakkan dia sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mempunyai rekod kejayaan yang baik sejak dia memakai topi sebagai seorang doktor. Antara rekod kejayaan beliau adalah Felo Akademi Perubatan Malaysia (2004), Felo Kehormat Kolej Kedoktoran Diraja London (2012), Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Universiti Perubatan Newcastle (2014), Felo Kehormat daripada Akademi Keluarga Kedoktoran Malaysia (2015), Felo Kehormat daripada Kolej Doktor Gigi Antarabangsa (2016) dan Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Perubatan daripada Universiti Sains dan Pengurusan (2017).

Jadi, segala kata tohmahan daripada kumpulan pro-konspirasi ini tidak lain hanyalah seperti tin kosong yang tidak mempunyai isi. Lebih banyak mengeluarkan bunyi bising dan tidak langsung memberi manfaat.

Untuk bacaan lanjut mengenai Dr Noor Hisham, klik pautan di bawah.

Walaupun Sibuk, Dr Hisham Dipuji Sudi Luang Masa Balas Surat Peminat Cilik

Dipilih 3 Terbaik Dunia Kendalikan COVID-19, Dr Noor Hisham ‘Kini Trending’ Di Twitter

Netizen Indonesia ‘Serang’ Instagram KKM Gara-Gara Salah Faham Kes Import COVID-19