‘Hype’ filem dari Indonesia, Kukira Kau Rumah menjadi bualan ramai apabila dapat dilihat pengguna TikTok Malaysia memuat naik video mahu filem tersebut ditayangkan di Malaysia.

Lantaran itu, ramai netizen meminta pawagam di Malaysia untuk membawa masuk filem itu. Akhirnya, anda boleh menonton filem Kukira Kau Rumah apabila TGV Cinemas dan GSC Cinemas mengumumkan filem itu akan ditayangkan di pawagam mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, filem Kukira Kau Rumah ini akan ditayangkan di pawagam mulai 24 Februari 2022. Pengumuman tersebut mendapat perhatian netizen dan berasa teruja untuk menontonnya.

Bukan itu sahaja, rata -rata netizen sudah tidak sabar mahu membawa ‘rumah’ mereka menonton filem ini. Bahkan, ada juga netizen ingin membawa individu yang pernah dianggap ‘rumah’ tetapi bertindak menghancurkan hati mereka satu ketika dahulu.

https://twitter.com/niaa_a_m/status/1490671795610931201

https://twitter.com/sadbittynsa/status/1490740464953139202

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut mengatakan dapat ‘relate’ dengan jalan cerita dalam filem tersebut. Bagi anda yang sudah lama mahu menonton filem ini, jangan terlepas peluang untuk menontonnya nanti.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Sifu Trading’ Kantoi Guna Jet Peribadi Mewah Milik Orang Lain Untuk Promosi Bisnes

Kerana Gayakan Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Seksual Segelintir Pengguna TikTok

Dijual RM4.50 Sebotol, Kenapa Air Mineral Jenama Evian Mahal?