Cristiano Ronaldo menghangatkan lagi spekulasi perpindahan beliau dari Real Madrid ke kelab MLS pada tahun 2018 nanti, melalui pembelian kondominium berharga RM75 Juta (USD $18.5 Juta) di New York.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Hartanah jutaan dolar ini terletak di ‘Trump Tower’ yang dimiliki oleh tycoon dan calon presiden, Donald Trump, di Fifth Avenue di Big Apple.

Kondominium dengan keluasan 2,510 kaki persegi ini mempunyai pemandangan Central Park dan Sungai Hudson, serta beberapa mercu tanda seperti Chrysler Building, Freedom Tower, dan Empire State Building. Ia juga merupakan kejiranan paling berprestij di New York.

Kondominium ini dibeli dari mogul hartanah berbangsa Itali, Alessandro Proto, yang merupakan rakan kongsi Donald Trump.

Hartanah jenis ‘L-Line’ ini memiliki tiga bilik tidur, dua tab mandi marmar, dapur gourmet, dan dihiasi dengan gaya ‘maksimalis’ oleh Juan Pablo Molyneux.

Tawaran penjualan hartanah di lokasi eksklusif ini amat jarang berlaku, menjadikannya ia sangat berharga. Dindingnya dihiasi dengan dinding batu kapur faux manakala lantai pula dihiasi oleh parket de Versailles abad ke-18.

Hiasan terpilih, lokasi premium, dan pemandangan kelas pertama dari tempat tinggi di udara – jadi tidak hairanlah harga penthouse ini mencecah RM75 juta!

BACA: Inilah Rasanya Mendiami Penthouse Berharga USD$95 Juta, 1,396 Kaki Di Atas Udara Kota New York

BACA Lagi: Seorang Billionair Membina Bangunan 27 Tingkat Sebagai Kediaman Untuk Keluarganya. Kegilaan Yang Dahsyat!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka