Sebelum ini, pihak polis telah menahan seorang selebriti wanita yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, Negeri sembilan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Lantaran itu, pelakon Zarina Anjoulie dijatuhi hukuman denda sebanyak RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun tahun lalu.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, mengatakan bahawa Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman tersebut setelah pelakon berusia 34 tahun itu membuat pengakuan bersalah pada Selasa lepas.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, pendengaran kes Zarina sepatutnya diadakan pada hari Rabu, tetapi peguam yang mewakilinya memohon untuk diadakan lebih awal. Selain membayar denda sebanyak RM4,000, Zarina juga diarah menjalani pengawasan polis selama dua tahun.

Kegagalan membayar denda tersebut akan menyebabkan Zarina dikenakan hukuman penjara selama empat bulan dan difahamkan Zarina telah membayar denda tersebut.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Perlekeh Pelajar Daripada Golongan B40, Kenyataan Pensyarah IPTA Ini Undang Kemarahan Netizen

Tular Isu Pensyarah Perlekehkan Pelajar B40, Ini Kenyataan Rasmi Daripada UiTM

Pemandu Van Sekolah Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Ditampar Bapa Murid, Ditahan Polis