Tular beberapa hari lalu apabila dimaklumkan Sambal Nyet keluaran Khairulaming telah diciplak. Lebih parah, Sambal Nyet versi ciplak sudah terjual sebanyak 700 unit dalam tempoh yang singkat. Tidak kurang juga yang memaklumkan menerima sambal basi daripada penjual ini.

Perkongsian yang dibuat Khairulaming tempoh hari dalam membezakan sambal yang dijual dengan versi ciplak dapat disemak dengan klik di sini. Tidak hanya mendedahkan perbezaan, Khairulaming turut berkongsi nama dan alamat penjual berkenaan bagi mengelakkan para pembeli tertipu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Khairulaming telah memuat naik perkongsian terbaru di Twitter memaklumkan penjual yang menjual Sambal Nyet ciplak mengaku atas kesalahan yang dibuat. Menariknya, Khairulaming memilih untuk selesaikan perkara ini dengan tiga tuntutan.

Difahamkan, Khairulaming meminta untuk penjual ini membayar pampasan tunai kepada para pembeli. Menariknya, duit yang diterima tidak akan digunakan Khairulaming sebaliknya akan disedekahkan kepada asnaf yang memerlukan pada bulan Ramadan ini.

Seterusnya, permohonan secara terbuka turut dibuat dalam memaklumkan kepada umum kesalahan yang dibuat dalam memalsukan kandungan sambal dan juga rekaan botol Sambal Nyet. Tuntunan ketiga yang diminta adalah pengakuan salah yang dijalankan di Balai Polis Damansara.

Dimaklumkan kedai Shopee yang menjual Sambal Nyet palsu ini juga telah dibekukan Shopee daripada diteruskan berniaga. Menurut Khairulaming, tujuan beliau melakukan semua ini adalah sebagai pengajaran kepada orang ramai untuk tidak mengambil mudah dengan penipuan seperti ini.

Langkah yang dilakukan Khairulaming nampaknya turut mendapat pujian netizen yang tegas dalam menyelesaikan isu yang berlaku sekaligus menjadi pengajaran buat netizen yang lain.

https://twitter.com/_IkuyaKirishima/status/1387668059679182851

Menerusi isu yang berlaku, dapat disimpulkan untuk hanya mendapatkan Sambal Nyet hanya melalui laman rasmi Shopee Khairulaming. Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadi reseller Sambal Nyet dan dijual dengan harga sehingga RM126.

Tidak hanya diciplak dalam negara, nama Sambal Nyet dan Khairulaming turut digunakan oleh penjual sambal di China.

Belum Selesai Isu ‘Reseller’, Jenama Sambal Di China Gunakan Nama Khairulaming Untuk Lariskan Produk

Khairulaming Kongsi ‘Behind The Scene’ Setiap Kali Tambah Sambal Nyet Di Shopee

Masak Spaghetti Carbonara Dengan Cara Yang Tepat, Khairulaming Terima Pujian Chef Terkenal Singapura