Kecoh sejak semalam di media sosial apabila tular sebuah perkongsian mengenai kehadiran seorang lelaki misteri yang berada di perkarangan rumah kawasan kejiranan. Lebih membuatkan orang ramai seram adalah penampilannya yang bertongkat dan berkain pelikat dilihat aneh serta penuh dengan misteri.

Menerusi perkongsian dan siasatan yang dibuat, difahamkan situasi ini berlaku di Taman Cengal Jaya, Sungai Petani manakala gambar yang tular tersebut diambil oleh warga kejiranan di kawasan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut K. Tiyagarajan atau lebih dikenali sebagai Peter memaklumkan individu misteri tersebut ma­­suk ke kawasan rumahnya de­ngan memanjat pagar. Apa yang membuatkan Peter terkejut adalah bagaimana individu tersebut mampu membuatkan dua ekor anjing jenis Rottweiler peliharaannya diam.

218102044_3093234734247324_3186246828664624708_n
Sumber: facebook Zulhafidz Yahaya

Peter yang pada mulanya beranggapan sekadar musang yang memasuki rumahnya terkejut apabila melihat sosok tubuh seorang individu misteri dengan pakaian yang aneh di kawasan rumah beliau. Wajahnya yang menakutkan membuatkan Peter menyuruh dua anak lelakinya naik ke tingkat atas rumah.

Beliau kemudiannya memilih untuk menyapa dan bertanya tujuan kehadiran individu misteri yang merupakan seorang warga emas linkungan umur 60-an.

Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan individu misteri berkenaan nyata mengejutkan apabila beliau memaklumkan sedang mencari kakak kandungnya yang tinggal di kawasan tersebut serta mengaku mempunyai ilmu untuk mendiamkan anjing.

Pengakuan yang dibuat membuatkan Peter dan isterinya takut. Difahamkan individu misteri tersebut turut sedar kelibat beliau dirakam anak Peter apabila bertanya sama ada adakah urusan merakam gambar sudah selesai atau sebaliknya.

Beliau kemudiannya memanjat pagar dan pergi ke kereta jenis Proton Iswara berwarna merah sebelum meredar. Pengakuan ini dibuat oleh Peter menerusi laporan polis di Balai Polis Sungai Petani. Kehadiran individu misteri ini telah membuatkan netizen seram. Berikut merupakan respon netizen mengenai gambar individu ini yang tular.

Screen Shot 2021-07-31 at 11.43.29 AM
Sumber: facebook penang kini
Screen Shot 2021-07-31 at 11.42.54 AM
Sumber: facebook penang kini
Screen Shot 2021-07-31 at 11.42.36 AM
Sumber: facebook penang kini

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah ketika dihubungi, beliau memaklumkan individu misteri tersebut tinggal bersama isterinya dikatakan tidak waras sekaligus tiada tindakan diambil terhadap mereka.

Tular pada minggu ini apabila aktivis Israel ini memperlekeh Malaysia selepas berjaya meraih pingat pada hari pertama Olimpik 2020.

‘Lihat Siapa Di Depan?’ – Aktivis ‘Perlekeh’ Malaysia Selepas Israel Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

‘Jelas, Stabil Dan Tidak Masuk Campur’- Netizen Puji Skill Jurugambar Ini Rakam Video Pergaduhan

Miliki Wajah Yang Tampan, Atlet Malaysia Welson Sim Berjaya Menjadi Kegilaan Netizen Di China

Sumber