Akhir-akhir ini, dapat dilihat para usahawan serta influencer seolah sanggup melakukan apa sahaja dalam bagi tujuan dirinya tular sekaligus menjadi netizen orang ramai dalam usaha melariskan produk yang ditawarkan.

Situasi ini nampaknya sekali lagi berulang melibatkan ‘pergaduhan’ antara seorang influencer Puteri Sari dengan usahawan Siti Jamu Mall. Difahamkan punca pertelingkahan ini berlaku apabila Puteri Sari menerima tawaran paid review daripada Siti Jamu Mall.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@puteriisarii/video/7098633576006094106?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dalam pada itu, perkara sebaliknya berlaku apabila Siti Jamu Mall didakwa memberi wang palsu bernilai RM10,000 sebagai bayaran buat Puteri Sari sekaligus membuatkan pihak Puteri Sari mencampak wang berkenaan serta dipertontonkan oleh orang ramai.

Di sangka benar-benar bergaduh, Puteri Sari baru-baru ini akhirnya mengaku apa yang dilakukan telah dirancang oleh Siti Jamu Mall bagi tujuan pemasaran atau marketing sahaja.

https://www.tiktok.com/@dayahae__/video/7101300181903084826?referer_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2F&referer_video_id=7101300181903084826&refer=embed

Situasi menjadi lebih keroh apabila ‘perjanjian’ kes berkenaan yang dijanjikan untuk tiga hari berlarutan apabila Puteri Sari mendakwa Siti Jamu Mall seolah memanjangkan isu ini yang sekaligus mengganggu jadual kerja Puteri Sari. Malah, pergaduhan yang berlaku turut mendapat perhatian Dato’ Seri Vida dan juga influencer Puspa Gomen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seolah dapat mengagak ‘pergaduhan’ yang berlaku sebelum ini hanyalah sekadar gimik. Tidak kurang juga risau melihatkan trend menipu demi viral ini semakin mendapat tempat.

Melihatkan kepada ‘pergaduhan’ yang dirancang oleh Puteri Sari, beberapa content creator TikTok tampil membuat laporan polis terhadap isu yang berlaku berikutan penggunaan duit palsu. Untuk pengetahuan, tindakan undang-undang yang serius bakal diambil buat individu yang disahkan menggunakan wang palsu.

@ciksharina

Please la nak buat sesuatu jgn menyusahkan org!Nak naik nama sekali pun profesional la.. abg @penceritatv bagi buka mata semua tiktokers👍

♬ original sound – 🐅Mizz Nina🐅 – 🐅Mizz Nina🐅

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar trend dalam meraih populariti dengan cara yang salah ini tidak menjadi ikutan kerana mampu membawa pengaruh yang tidak elok buat masyarakat.

Tular pada minggu ini apabila dilaporkan lebih 280,000 rakyat Malaysia disahkan bankrap setakat Mac 2022 berikutan bebanan hutang tinggi yang tidak dapat diselesaikan.

Berpunca Daripada Bebanan Hutang, Lebih 280,000 Rakyat Malaysia Disahkan Bankrap Setakat Mac 2022

Majikan Di Malaysia Adalah Manusia Paling Kedekut Di Asia Tenggara