Baru-baru ini tiga orang pemuda berusia 24 hingga 26 tahun yang menaiki kereta Perodua Myvi telah ditahan sepasukan polis setelah didakwa sengaja tidak mahu memberhentikan kereta ketika ditahan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di hadapan sebuah bank di Jalan Serdang, Kulim, Kedah.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazalee Adam menyatakan salah seorang pegawai polis di SJR tersebut sudah memberi isyarat kepada pemandu kereta yang dinaiki suspek supaya memberhentikan kenderaan untuk diperiksa dalam kejadian 6.30 petang itu.

“Jarak antara pegawai dan kereta dinaiki suspek kira-kira 15 meter dan ketika diarahkan berhenti pemandunya terus memecut laju menuju ke arah mangsa.

“Mujur mangsa sempat mengelak namun tangan kiri pegawai terbabit dilanggar hingga merosakkan portable radio (radio mudah alih) dipegangnya selain cermin sisi kiri kereta suspek turut pecah,” terang Superintendan Sazalee Adam.

https://www.tiktok.com/@mrkateki/video/6999662186276703515?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.funtasticko.net%2Fsengaja-tak-berhenti-di-sjr-tiga-lelaki-naik-myvi-ditahan-unit-mpv-polis%2F&referer_video_id=6999667895538044186&refer=embed&lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Setelah cuba melarikan diri, suspek kemudiannya memecut melarikan diri menuju ke arah Jalan Kilang Lama dan pegawai terbabit bersama anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) bergegas mengejar mereka.

“Walaupun arahan diberikan menggunakan pembesar suara, suspek tetap berdegil dan memandu secara merbahaya dengan turut melanggar lampu isyarat.

“Bagaimanapun, cubaan suspek untuk melepaskan diri tidak berhasil apabila mereka akhirnya berjaya ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Lunas,” kata Superintendan Sazalee Adam lagi.

https://www.tiktok.com/@mrkateki/video/6999667895538044186?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.funtasticko.net%2Fsengaja-tak-berhenti-di-sjr-tiga-lelaki-naik-myvi-ditahan-unit-mpv-polis%2F&referer_video_id=6999667895538044186&refer=embed&lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Setelah berjaya menahan kereta Myvi tersebut, pihak polis mendapati tiada sebarang senjata atau barang yang menyalahi undang-undang dalam kereta suspek dan ketiga-tiga suspek bebas daripada pengaruh dadah.

Namun pemandu kereta didapati tiada lesen memandu manakala dua penumpang pula tidak membawa dokumen pengenalan diri dan mereka mendakwa sengaja enggan bekerjasama dan memberhentikan kereta walaupun sudah diarahkan berbuat demikian.

https://www.tiktok.com/@mrkateki/video/6999672809391688987?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.funtasticko.net%2Fsengaja-tak-berhenti-di-sjr-tiga-lelaki-naik-myvi-ditahan-unit-mpv-polis%2F&referer_video_id=6999667895538044186&refer=embed&lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) Seksyen 186 KK dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, siasatan lebih terperinci akan dibuat samada semua suspek ini berkemungkinan terbabit atau mempunyai kaitan dengan mana-mana geng kongsi gelap.

Insiden kejadian tersebut berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang telah memuat naik rakaman video dashcam tersebut di TikTok miliknya. Anda boleh lihat aksi kejar-mengejar tersebut melalui video yang kami kongsikan di dalam artikel ini.

Dalam rakaman dashcam yang lain pula, sebuah Proton Waja dan Honda City menghimpit kenderaan lain untuk menggunakan tol secara percuma. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Wanita Ini Puas Dapat Halang Proton Waja Daripada Redah Tol Secara Percuma

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol