Filem Mael Totey yang mula ditayangkan di Astro First berjaya mencipta rekod tersendiri apabila menerima kutipan hampir RM700,000 pada hari pertama ditayangkan.

Syahmi Sazli yang merupakan penulis skrip dan pelakon filem ini memperjudikan nasib dengan mengeluarkan modal hampir RM400,000 semata-mata untuk filem ini. Untuk pengetahuan anda, filem ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari bahasa Inggeris demi memenuhi syarat yang diberi gadis idamannya, Yaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, perkongsian Syahmi mendapat perhatian netizen kerana seorang penonton filem itu telah menontonnya secara ‘haram’. Menerusi e-mel tersebut, pengirim tersebut telah memohon maaf atas perbuatannya dan meminta nombor akaun Syahmi untuk membayar kerana telah menonton filem tersebut.

Akan tetapi, Syahmi menegaskan tidak mahu halalkan tindakan pengirim tersebut kerana jika beliau menutup mata akan perkara itu akan jadi ikutan ramai orang.

Berikutan perkongsian Syahmi tersebut, rata-rata netizen memuji tindakan Syahmi. Malah, para netizen juga memuji tindakan pengirim tersebut yang berani mengaku silap.

01

02

03

04

Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Bagi anda yang belum menonton filem Mael Totey di Astro First, bolehlah tonton sebelum tamat ditayangkan.

Sementara itu, kami kongsikan artikel ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Umpama ‘Mocking’ Orang Susah, Program Realiti The House Mendapat Kecaman Netizen

Cetus Kontroversi, dUCk Didakwa Plagiat Rekaan Aksesori Tudung Jenama Bokitta

Basah Atau Kering? Cara Masakan Sebenar Char Kuay Teow Cetus Perdebatan Di Twitter