Hari ini aku mahu bercerita sedikit berkenaan kapasiti Stadium malawati , sekadar sembang-sembang info yang aku tahu sahajalah ya? kalau ikutkan perancangan penganjur iaitu Pancasona (Loque) memang kalau boleh mahu ‘kasi picah’ punya show, nak bagi crowd ramai dan pada awalnya harga tiket yang mahu dikenakan agak murah sebab loque mahu ramai orang join Konsert Transcendence.

Selepas meneliti kos, royalti dan suasana konsert yang Insyallah bakal hebat , Pancasona terpaksa meletakkan harga yang ada sekarang yang mana kalau ikutkan perancangan ianya bersesuaian dengan apa yang bakal diberikan oleh pihak penganjur terutamanya Butterfingers kepada penonton dan peminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan harga yang dikenakan, dengan perancangan stage yang bagus, dengan setlist lagu yang baik , dengan memori kenangan terindah yang akan diberikan ia ibarat ‘MEGA THROWBACK’ untuk penonton nanti.

Pada mulanya dikhabarkan stadium mampu memuatkan 13,000 penonton. Setelah dikira semula ia hanya mampu menampung 10,000 sahaja. Setelah meneliti lagi apabila memikirkan floor plan stage mula dinaikkan dan segala macam mak nenek yang akan ada dalam stadium kemungkinan hanya mampu memuatkan 7,000 penonton sahaja termasuk ruang Chemistry, Mokhsha dan Epitome.

Alhamdulillah Mokhsha already sold out , Epitome masih ada seatnya dan of kos chemistry area menjadi rebutan, walaupun perancangan awal untuk memuatkan sebanyak mungkin penonton di ruangan chemistry agar padat sendat macam bas mini, pihak Pancasona terpaksa menarik handbreak untuk memastikan kelancaran konsert berjalan dengan baik. Faktor kepadatan dan kesempitan penonton terpaksa dilupakan kerana faktor paling penting yang kini diutamakan adalah KESELESAAN dan KESELAMATAN. Oleh yang demikian kuota area Chemistry dikurangkan sedikit agar masih ada space atau ruang bernafas kepada yang berada di area Chemistry.

“Aku memang nak ramai. Semua orang nak show penuh tetapi kalau apa-apa terjadi sebab terlalu padat, bahaya juga dan ramai fan pun dah umur macam kita. Faktor keselesaan dan keselamatan peminat aku kena jaga. Apa-apa terjadi nanti yang kena menjawab aku. Haha. Orang cari aku. Jadi Chemistry area aku terpaksa limit. Ini pun reserved space dan 5 kali kita re-open sebab tambah kapasiti,” terang Loque pada aku.

kalau nak diikutkan sebenarnya sesuatu yang memeranjatkan dan di luar jangkaan, kuota pertama Chemistry area dah mula penuh sejak Jumaat yang lepas , iaitu selepas 24 jam tiket online dibuka. Kemudian sedikit lagi kuota dibuka perlahan-lahan sambil pihak penganjur double confirm berapakah kapasiti sesuai untuk chemistry area. Jadi itulah sedikit sebanyak info tentang kapasiti Stadium Malawati untuk konsert Butteringers 2 November 2019 nanti.

Apa pun tahniah kepada yang sudah dapat tiket, kalau rasa mahu tengok show ini dan belum beli tiket, belilah sekarang. Kalau anda rasa Epitome tu mahal, aku jamin ulat-ulat akan tetap beli dan jual lagi mahal akan datang. Serius, info kata ada satu nama beli 5-6 tiket, ada yang beli 10 tiket. Ini confirm ulat untuk jual lagi mahal akan datang.

Sebab seminggu sebelum konsert nanti bahang Butterfingers akan lebih panas dan orang yang tak nak tengok pun sure akan datang tengok sebab dah gaji hujung Oktober. Itu time kalau tak beli sekarang silap-silap anda beli versi ulat yang mahal daripada sekarang. Apapun pilihan di tangan anda.

“Stage kami tengah plan. Aku kena bikin baik punya. Takkan aku nak buat stage kecil macam gig. Aku kena buktikan siapa Butterfingers kepada semua sponsor kami. Mereka dah bantu kita, kena kasi job yang terbaik buat mereka. Kita pun nak fans puas hati. Selamat ini tanya bila nak show. Bila kita buat show, sekarang kami kasi. Depan kawasan Chemistry nanti aku sudah plan untuk sediakan tempat untuk boleh panjat. Nak body slam, ikut korang. Grunge puas-puas!” kata Loque lagi.

Last, anda kena tukar mindset jangan fikir Butterfingers ini band underground gigs yang boleh pandang sebelah mata. Anda bayangkan sahaja diaorang ni level macam band luar yang kita agungkan. Kalau anda letak mindset dulu tengok Butter main dekat club , kat dewan sekolah itu akan buat anda lihat usaha Butter ini macam sebelah mata. But once you put Butterfingers level sesuatu yang bernilai, you will enjoy the show . Ayuh semua!

P/S: Update terkini. Tiket untuk Moksha dan Chemistry sudah sold out. Tinggal Epitome sahaja lagi. Kalau lambat, terlepas anda untuk menonton konsert hebat ini.

Penulis artikel ini, Adolf Zulkarnain merupakan seorang artis digital tempatan yang disegani dan anda boleh melihat antara karyanya di sini

Kenali KUKUBESI, Artis Di Sebalik Poster Hebat ‘KL Special Force’

Kukubesi Kongsi ‘Work Flow’ Hingga Terhasilnya Poster Filem Tombiruo