Kalau datang ke McDonald’s saya minta kerjasama jangan buli dan marah kepada pelayan. Ramai yang tidak sedar akan kehadiran mereka ni. Anda perlu lihat tag yang mereka pakai di dada yang menandakan mereka ni adalah istimewa atau maksudnya dengan panggilan sopan anak-anak keperluan khas.

Mereka ini lagi pembersih daripada kita semua. Sebab itu mereka tidak boleh lihat meja kotor sedikit, pasti akan terus lap dan cuci walaupun masih ada orang di meja. Mereka ini selalu rasa kurang senang dan perlu disegerakan kerja tu. Kadang orang ramai kurang selesa dengan tindakan mereka ini dan pastinya timbul perspektif golongan seperti mereka ini ‘sikit-skit nak cuci’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
73326296_2798976303488578_4036039952700538880_n
Sumber: facebook Udey Ismail II

Adalah lebih baik sekiranya anda membantu mereka dengan kemas sendiri bekas makanan dan minuman anda. Tidak lupa rakan sekerja yang normal, saya minta jangan ambik kesempatan dengan kekurangan mereka.

Terima kasih para pendidik guru-guru pendidikan khas dan ibubapa yang memberikan ruang pada anak-anak untuk berdikari. Diharapkan ada lagi restoran-restoran lain yang dapat memberikan sedikit ruang pada anak-anak ni yang pastinya akan bertambah rezeki tuan-tuan. Paling penting faham adalah keperluan dan sama-sama mendidik.

Kami kongsikan kepada anda dua lagi kisah menarik mengenai anak istimewa yang berjaya membuatkan orang ramai teruja. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Demi Anak Autisme, Ibu Ini Sanggup Menukar Cara Hidup

Guru Ini Perlu Mengajar Seorang Anak Autisma. Apa Yang Dia Temui Selepas Itu Speechless