Satu post yang disampaikan oleh seorang pengguna Facebook di laman kumpulan untuk penumpang Malaysia Airlines berkongsi pengalaman dalam penerbangan syarikat tersebut telah menggemparkan kesemua ahli kumpulan tersebut dan telah tular di beberapa laman travel di Facebook.

Menurut perkongsian saudara Faiz Mokhtar, beg beliau telah di ambil oleh seorang penumpang penerbangan dari Hong Kong. Lelaki tersebut dipercayai sebagai salah seorang ahli dari sindiket yang dipercayai hanya memiliki tiket penerbangan sehala dan hanya bergantung kepada pendapatan hasil mengemis dan mencuri di Malaysia. Kes ini telah dikenal pasti berlaku dalam beberapa laluan penerbangan di China, Hong Kong dan Vietnam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengejutkan lagi golongan ini mampu memiliki tiket kelas bisnes, bukannya kelas ekonomi. Menurut perkongsian saudara Faiz, beliau menyedari hal tersebut atas informasi rakannya apabila melihat beg komputer ribanya diambil oleh lelaki berkenaan.

Apabila beliau menghampiri lelaki tersebut, beliau mendapati bahawa lelaki itu cuba mengambil sejumlah wang yang ada di dalam beg beliau. Beliau bimbang kerana di dalam beg tersebut terdapat beberapa dokumen penting seperti pasport dan lebih membimbangkan lagi jika lelaki tersebut memasukkan objek yang tidak sepatutnya ke dalam beg tersebut.

Di akhir perkongsian beliau sempat menitip pesan untuk lebih berjaga-jaga dan menambah ciri keselamatan pada bagasi untuk mengelakkan perkara ini terjadi walaupun anda menaiki penerbangan kelas bisnes. Ianya boleh berlaku di mana-mana.