Cuti persekolahan secara rasmi akan bermula minggu hadapan dan semestinya anda mahu mencari aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga bukan? Jangan risau kerana karnival berskala besar, Iskarnival Eko 2019 akan kembali lagi tahun ini pada 30 November & 1 December 2019!

Seperti tahun sebelumnya, Iskarnival Eko 2019 akan berlangsung di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor Baharu dan kali ini, lebih banyak aktiviti menarik disajikan untuk semua peringkat umur. Tahun ini, Iskarnival akan menekankan konsep hijau dan eko, bersempena aspirasi Iskandar Puteri untuk menjadi bandar hijau di Johor Baharu.

Apa yang ada di Iskarnival Eko 2019 ini nanti? Semestinya keseronokan dan kemeriahan berterusan kepada pengunjung dengan pelbagai acara dan persembahan yang akan berlangsung sepanjang dua ini.

Persembahan pentas pastinya akan tetap epik seperti tahun lalu dengan artis ternama tempatan seperti Akim andTthe majistret, Datuk Zainal Abidin, Dato Jefrrydin, Ella Aminuddin, Floor 88, K-Clique dan ramai lagi akan menghiburkan anda sepanjang dua hari Iskarnival Eko berlangsung.

Iskarnival

Tidak lupa juga, bazar yang pastinya akan menjual pelbagai barangan yang sesuai untuk semua peringkat lapisan masyarakat dan untuk peminat barangan vintaj dan rare, Collectors Market tersedia untuk anda ‘menyelam’ dan mencari barangan hebat di sini nanti.

Pelbagai aktiviti menarik seperti zumba, flying fox, wall climbing turut disajikan untuk anda sekeluarga. Tidak cukup dengan itu, aktiviti ‘Slide The City’ yang unik juga boleh dicuba. Rugi jika anda singgah ke Iskarnival Eko tetapi tidak mencuba semua aktiviti yang ada. Nak main congkak? Pun ada!

ISKARNIVAL EKO 2019
Tarikh: 30 November & 1 December 2019
Masa: 3:00pm – 11:00pm
Lokasi: Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim (Waze: Puteri Harbour)

Tunggu apa lagi? Lock tarikh 30 November dan 1 Disember hujung minggu ini dan jom kita ke Johor untuk Iskarnival Eko 2019! Jangan lupa ajak rakan dan saudara-mara untuk kasi meriah kerana kemasukannya semestinya PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman rasmi Iskarnival di sini.

P/S: Jangan lupa untuk bawa shopping bag sendiri. Kita kurangkan penggunaan plastik selari dengan konsep hijau Iskarnival Eko tahun ini. Mari!

Ini pula antara tarikan Iskarnival tahun lalu. Jika tahun lalu ada dinosaur, apa pula yang Iskarnival akan bawah tahun ini? Itu anda kena lihat sendiri di Iskarnival Eko!

‘Dinosaur Kingdom’ Tarikan Terbaru Di Puteri Harbour, Johor Bahru

‘Mall of Medini’ Di Johor Anjur Karnival Sempena Pembukaanya Hujung Minggu Ini