Siapa sahaja yang tidak gemar akan peranti keluaran Apple yang terbaharu, iPhone 12? Mula diumumkan sejak Oktober lalu, peranti ini dilihat menjadi tarikan kerana menawarkan teknologi yang terkini, spesifikasi serta harga pemulaan yang berpatutan.

Antara ciri terbaru yang ditawarkan untuk iPhone 12 pada kali ini termasuklah pengecas MagSafe. Jadi, apa itu pengecas MagSafe dan apa yang membuatkannya menarik?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang masih belum jelas, pengecasan MagSafe ini adalah merupakan teknologi pengecasan tanpa wayar dengan magnet di mana tiga magnet berukuran kecil telah direka di belakang peranti tersebut.

Ia telah direka bersama dengan beberapa pelindung dan sensor baru menjadikan peranti akan terpasang tepat pada aksesori MagSafe. Pemasangan magnet kecil ini bukan sahaja memudahkan pengguna untuk mengecas malah ia membolehkan pengecas tanpa wayar sentiasa berada di tempat yang betul.

Namun begitu, penggunaan MagSafe ini dilihat mempunyai beberapa keburukan terutama pada mereka yang sering meletakkan telefon mereka bersama dengan kad kredit atau kad bank yang lain.

Bersempena dengan pelancaran teknologi MagSafe bersama siri terbaru iPhone 12, Apple turut menawarkan beberapa aksesori seperti dompet kulit yang boleh dilekatkan di belakang telefon dengan menggunakan teknologi magnet MagSafe yang dibekalkan untuk pengecasan tadi.

magsafe

Mengapa tidak digalakkan meletakkan kad di belakang iPhone

Menurut dokumen sokongan yang dimuat naik di laman sesawang Apple, syarikat tersebut telah memberi amaran kepada pengguna mereka supaya mengeluarkan apa-apa aksesori di bahagian belakang peranti sebelum menggunakan pengecas MagSafe yang baharu.

Hal demikian kerana ia difahamkan boleh merosakkan kad kredit, kad bank, passport atau barangan lain yang mempunyai jalur magnetik atau cip RFID yang terdapat pada kad-kad berkenaan.

“Sebelum meletakkan iPhone anda pada pengecas MagSafe, pastikan tiada objek seperti kad kredit, kad kunci hotel atau apa-apa kad yang mempunyai jalur magnetik pada kad tersebut kerana ia dapat merosakkan barangan tersebut.

“Bukan itu sahaja, jika casing yang dipakai pengguna mempunyai tempat untuk menyimpan barangan sensitif tersebut, lebih baik jika dikeluarkan terlebih dahulu sebelum mengecas dan pastikan supaya tiada barangan tersebut berhampiran peranti anda semasa mengecas,” jelas kenyataan dikeluarkan Apple di laman sokongan mereka.

Secara mudahnya walaupun sistem pengecasan Magsafe telah mendapat pujian dari rata-rata pengguna kerana telah memudahkan mereka untuk menghubungkan pengecas dengan telefon mereka, namun masih lagi terdapat kekurangan yang harus syarikat Apple selesaikan.

Walaupun disebalik segala kecanggihan yang terdapat di sebalik peranti iPhone, jenama dari Amerika Syarikat itu masih perlu tangani beberapa masalah yang terlibat untuk menggunakan peranti tersebut. Seperti dalam kes ini, magnet dan kad tidak akan pernah dapat berfungsi dengan baik.

Anda masih menggunakan iPhone SE dan iPhone 6s? Dengar cerita iOS 15 mungkin tidak dapat menyokong iPhone SE dan iPhone 6s. Baca pada pautan di bawah.

Apple iOS 15 Mungkin Tidak Lagi Menyokong iPhone SE Dan 6s

Baru Sahaja Dibuka Tempahan, Apple Sudah Terima Lebih 2.3 Juta Unit Pesanan iPhone 12

Tonton ‘Ketahanan’ iPhone 12 Apabila Dilepaskan Pada Ketinggian 10 Kaki

Sumber