Setelah pihak Marvel Studios mengumumkan semua projek yang telah sah untuk MCU Phase 4, tiada perancangan untuk filem terbaru Avengers dalam senarai filem yang akan dibangunkan.

Namun Kevin Feige mempunyai jawapan persoalan untuk perkara tersebut. Kevin berkata, Endgame merupakan penutup untuk siri sebelumnya dan MCU Phase 4 merupakan permulaan untuk pengembaraan baharu untuk watak Avengers.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Mengapa tiada Avengers untuk MCU Phase 4? Endgame merupakan satu pengakhiran dan Phase 4 merupakan satu ‘permulaan’. Disebabkan itu MCU Phase 4 lebih memfokuskan kepada pengenalan watak-watak baharu dalam dunia MCU seperti Shang-Chi, The Eternals dan ramai lagi,” kata Kevin.

Kevin Feige juga berkata pasukan Avengers selepas ini adalah sangat berbeza dengan pasukan Avengers yang asal. Masih ingat end credit dalam Far From Home? Nick Fury kini berada di angkasa lepas dan kemungkinan besar, beliau dalam misi untuk merekrut ahli baharu untuk menyertai pasukan Avengers bagi menyelamatkan alam semesta daripada anasir jahat yang lebih besar.

Antara tarikh Mei 2020 hingga November 2021, Marvel Studios akan hadir dengan siri filem Black Widow, Eternals, Shang-Chi, Doctor Strange dan Thor: Love and Thunder manakala The Falcon and the Winter Soldier, WandaVision, Loki, Hawkeye dan animasi What If…? untuk Disney +.

Anda perasan tiada pengumuman untuk filem Captain Marvel 2, Black Panther 2 dan Guardians Of The Galaxy 3? Semua filem ini akan diterbitkan cuma tiada tarikh ditetapkan oleh Marvel Studios ketika ini. Begitu juga dengan karya baharu untuk Fantastic Four dan X-Men.

Mengetahui pihak Marvel Studios, mereka pasti ada kejutan di masa akan datang. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.