Bandar Bukit Raja merupakan pilihan yang tepat untuk anda yang masih mencari tempat tinggal atau ingin membuat pelaburan untuk masa hadapan. Kedudukannya yang strategik di antara Shah Alam dan Klang bakal menjadikan kawasan ini semakin menjadi tumpuan orang ramai.

Di sini kami kongsikan beberapa faktor yang menjadikan Bandar Bukit Raja lokasi hartanah terbaik untuk anda labur.

1. Hanya 40 minit ke pusat bandar Kuala Lumpur

BANDARAYA KL

Jika anda bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur, masa yang diperlukan dari Bandar Bukit Raja ke Kuala Lumpur hanya mengambil sekitar 40 minit sahaja.

Bukan sahaja di Kuala Lumpur, anda yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi bandar sekitar seperti Subang Jaya, Petaling Jaya, Damansara dan Bangsar pasti akan suka dengan lokasi Bandar Bukit Raja ini. Ayra 2 adalah salah satu perumahan di Bandar Bukit Raja yang menjadi pilihan ramai pada ketika ini.

2. Tiada tol untuk anda ke Kuala Lumpur

photo6269138860759951321_orig

Selepas pemansuhan tol Sungai Rasau dan tol Batu 3, pastinya Federal Highway menjadi pilihan penduduk Bandar Bukit Raja yang ingin ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Bila tiada tol, banyak yang anda dapat jimat setiap hari. Andai anda memilih untuk tinggal di Sungai Buloh atau sekitar Seremban, perjalanan yang jauh serta kos tol yang tinggi setiap hari pastinya akan membebankan belanjawan bulanan anda.

3. Banyak kemudahan berhampiran

4871810646_d760251125_b

Untuk pengetahuan anda, banyak kemudahan sudah siap tersedia berdekatan dengan Bandar Bukit Raja yang pastinya akan memudahkan masyarakat setempat. Hospital kerajaan dan swasta yang berdekatan (Hospital Shah Alam, Hospital AVISENA, dan lain-lain) sangat mudah untuk diakses dari Bandar Bukit Raja andainya berlaku kecemasan.

Malah, jika anda ingin membeli-belah, anda tidak perlu pergi jauh kerana banyak pusat membeli-belah yang berada berdekatan seperti AEON Shah Alam, AEON Bukit Raja Shopping Centre, GM Klang, Klang Parade dan banyak lagi.

Bagi anda yang gemar menggunakan pengangkutan awam untuk ke sesuatu destinasi, terdapat 5 stesen KTM yang berdekatan iaitu stesen Padang Jawa, Bukit Badak, Klang, Teluk Pulai, dan Teluk Gadong. Menjelang 2020 nanti, perkhidmatan LRT3 juga akan mula beroperasi yang akan memudahkan lagi penduduk sekitar Shah Alam dan ini termasuklah akan memudahkan penduduk sekitar seperti Bandar Bukit Raja.

Tidak cukup dengan itu, bagi anda yang ingin menaiki bas untuk menikmati perjalanan ke sesuatu destinasi, jangan risau kerana di Bandar Bukit Raja juga ada perkhidmatan bas RapidKL. Klang Sentral menjadi terminal untuk bas ekspres dan teksi di bahagian Klang Utara.

4. Banyak kawasan untuk beriadah bersama seisi keluarga

53371116

Bandar Bukit Raja dikelilingi banyak tempat menarik untuk aktiviti riadah serta meluangkan masa bersama keluarga. Tidak perlu pergi jauh kerana I-City Shah Alam hanya beberapa kilometer dari Bandar Bukit Raja. Malah, bagi anda yang ingin berkelah bersama keluarga, anda boleh pergi ke Pantai Tanjung Harapan, Pantai Acheh dan Pulau Ketam.

5. Persekitaran tenang yang ideal untuk didiami bersama keluarga

ayra 5
Taman untuk riadah di Ayra 2, Bandar Bukit Raja

Untuk makluman anda, kawasan Bandar Bukit Raja ini amat selamat untuk didiami bersama keluarga anda kerana ianya sebuah perbandaran yang berpusatkan masyarakat yang sangat prihatin dan mementingkan keselamatan. Penggunaan sistem keselamatan yang cekap seperti rondaan polis bantuan dan sistem keselamatan rumah akan menjadikan kawasan kediaman anda selamat untuk didiami.

ayra 3
Ayra 2 Bandar Bukit Raja
ayra 4
Ruang dalam Ayra 2 Bandar Bukit Raja

Kepesatan pembangunan di Bandar Bukit Raja dan kejiranannya pasti akan membuatkan anda tertarik akan perbandaran Bandar Bukit Raja yang mempunyai potensi menjadi bandar terkemuka di daerah Bandar Bukit Raja pada masa hadapan.

Ayra 2 Bandar Bukit Raja adalah pilihan terbaik di Bandar Bukit Raja pada ketika ini dan jangan lepaskan peluang untuk memiliki hartanah di sini. Jangan dipandang enteng lokasi ini kerana andai terlepas, anda yang akan rugi.