Pernah anda terfikir mengapa apa sahaja barangan yang dikeluarkan oleh jenama Supreme sentiasa sold out dan sangat mahal? Anda boleh mendapat jawapannya selepas menonton video daripada Business Insider ini.

Bermula hanya sebagai sebuah butik dengan logo yang catchy (inspirasi daripada karya Barbara Kruger), Supreme bertukar daripada sebuah kedai skateboard di New York kepada sebuah jenama yang bernilai USD1 bilion dalam jangka masa 20 tahun.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Disebabkan Supreme berpegang kepada prinsip limited quantity untuk setiap produknya, ramai yang berebut untuk membeli barangan Supreme setiap kali ianya dilancarkan. Dalam video ini, Business Insider turut mengiktiraf peranan reseller dalam menaikkan jenama Supreme dalam bidang fesyen.

Peranan artis seperti Kanye West, John Mayer dan Tyler The Creator juga menaikkan lagi nilai barangan Supreme di pasaran. Bagi peminat setia Supreme, ianya bukan sekadar jenama tetapi satu obsesi. Jangan terjebak nanti merana.

Anda Mungkin Suka